Wednesday, January 13, 2010

Jujurnya Mereka



Kanak-kanak.

Mereka manusia yang jujur.

Dan kalau mereka berbohong pun, mereka tetap jujur.
( Taklah, aku bohong kau je.. pengakuan mereka )

Kalau suka akan satu benda, sanggup menangis untuk memilikinya.
Kalau tak suka akan orang itu, tak disimpan dalam hati, terus sahaja mengaku.
Kalau tiba-tiba ada rasa semacam perasaan pada anak cikgu itu,
balik rumah mengaku kat emak kita ada buah hati baru.

Kalau lukisan kawan tak lawa, dengan tanpa segan silu,
dia komen tanpa berlapis-lapis, tak lawa la lukisan ko tu.

Kalau dia nak sesuatu, dia akan katakan nak.
Tak disimpan di dalam hati, yang kemudian memakan diri.

Kanak-kanak, jujurnya dalam persahabatan,
apa-apa yang dalam hatinya akan dikongsi.
Gelaknya jujur, tak pura-pura, tak dibuat-buat.
Bukan senyum untuk menjaga hati.
Dia senyum, senyuman asli.

Tangisnya, tumpah air matanya dari hati suci.
Bukan buatan, ia semula jadi.
Air matanya lebih berharga dari darah merah
si tua hipokrit.

Kanak-kanak,
kau penggegar dunia yang jujur.
Besarlah kau, besarlah jiwa,
bunuhlah tampang tubuh besar yang meloyakan.
Memualkan.
Menyesakkan dada.

4 comments:

adikmu di Gaza said...

salam abg..

sy ternanti2 post 14 january 2010, tp tak muncul2.. jadi terpaksa sy comment kat sini..

masih ingatkah abg pd sy?
semoga Allah kurniakan ingatan yg kuat pd abg..

tiada apa yg ingin sy katakn, cuma ingin mengucapkn :

SELAMAT HARI LAHIR ke-20

buat abgku Muhammad Naqeb bin Sulaiman..

sudilah kiranya abg menerima hadiah sy yg tidak seberapa ini :

http://thepiratebay.org/torrent/5249337/To_shoot_an_elephant

mungkin abg dpt melihat sy di dlmnya..

- jikalau ada ruang, mungkin abg blh aturkan global screening di tempat abg..

http://toshootanelephant.com/node

http://community.toshootanelephant.com/

dan said...
This comment has been removed by the author.
dan said...

sedap lagunya. mesej sangat bermakna! kanak-kanak mengajar erti dewasa. sangat mendalam tu. dan sindiran tajam!

apepun, selamat hari lahir. moga berkat umurmu. kembali berlari semula secepatnya!

mahasiswa said...

wsalam.

adik Gaza,

maaf, tak berminat nak tulis pasal
14 jan.
anyway, thanks.

dan,
thanks.
doakan aku berjalan dengan elok pun dah ok dan, coz nak jalan2 cuti ni. :)