Sunday, January 17, 2010

Label

" Don't judge a book by its cover."

Jangan menilai isi dari kulit luarnya.

Itu pesan yang selalu berkumandang apabila bicara soal nilai bagi kandungan sesuatu benda.
Dari kandungan buku kecil yang boleh dihadam sehari isinya hingga kepada sifat manusia yang kadang-kadang sukar difahami meskipun telah 10 tahun mengikat tali perkenalan.



Melabel

Tidak dinafikan, apa yang dinampak oleh pandangan pertama dan didengar kalimah apa yang dinamakannya, akal kita akan setkan minda :

" Owh. Ni novel cinta Islamik. Mesti membangun jiwa punyalah. "

" Budak ni pakai jeans, t-shirt biasa je. Takkanlah dia ni sekolah agama yang popular tu ."

" Program ni kita letak nama Mahasiswa Muslim, baru orang tahu Islam yang kita tekankan dalam program ni. Baru ada beza dengan program lain. "

" Persatuan kita kena ada nama Islam, baru orang tahu apa mesej yang kita bawa. Tak macam persatuan lain. "

Kenapa saya memilih untuk bangkitkan isu ini?
Ada beberapa persoalan yang saya kumpul untuk dikongsi.

1. Perlukah kita meletakkan label pada sesuatu perkara, seperti Islamik untuk mengangkatnya pada mana-mana lapangan?

2. Ada yang bertanya, bukankah apabila kita letakkan label agama atau Islam seolah-olah kita melukis satu garis sempadan yang membeza-bezakan. Tidakkah begitu?

3. Ada juga yang bertanya,tidak macam sekular kah kerana terlalu memisahkan ini Islamik, yang ini bukan.


Cerpen dan novel aku Islamik. Yang kau tulis tidak.

Persatuan kita cegah majlis maksiat ni sebab kami persatuan Islam.
Persatuan lain hanya memandang, itu bukan kerja kami, kerja mereka, persatuan Islam.

Saya ada beberapa pandangan untuk dikongsi.

1. Kalau Islam itu dijadikan judulnya dan diterjemahkan Islam dalam setiap bait kata penulisan, gerak langkah persatuan dan apa jua entiti yang diikat namanya dengan Islam itu, itu satu usaha yang bagus untuk mengangkat Islam yang kini terlindung dek kebanjiran jahiliyah.

2. Meskipun tiada label Islam padanya,tiada ana anta, bahasa arab pujangga, selagi mana ia menjadikan Islam sebagai wadah dalam gerak langkah dan bait bicara dan penulisan, yang memberikan kesan agar manusia bergerak ke arah kebaikan dan mendekati Tuhan, kita perlu menyokongnya.

3. Memalukan seandainya meletakkan label Islamik seandainya bertujuan untuk melariskan produk dan menarik minat orang mengikutnya,sekadar mengikut trend pasaran dan yang paling menyedihkan Islam hanya diletakkan sebagai subjek tampalan.

4. Meletakkan label ini Islamik dan itu bukan Islamik hanya akan merangkumi proses membanding beza. Tidak lebih dari itu. Yang merasakan dirinya atau apa yang ada padanya adalah 'Islamik' akan berasa dalam zon selesa, dan yang tidak 'islamik' akan merasakan ada garis pemisah.

Saya timbulkan persoalan?

Apakah itu 'Islamik'?
dan bagaimana pula dengan tidak 'islamik'?

Necara apa yang kita guna?
Bahasa yang ditonjolkan?
Nama-nama Islam yang dilariskan?
Atau nilai-nilai Islam yang kadang-kadang kita sendiri tidak menangkapnya kerana kita sendiri
tidak mengamalkannya?

Renung-renungkan.
Dan teruskan memikirkan.

Apa yang saya tulis bukan untuk memberikan jawapan,
namun untuk mencetuskan persoalan.

5 comments:

syah said...

ha parti islam..cne cne?..haha

mahasiswa said...

parti islam??

kalau bawa islam, ada nama islam.
kalau bawa islam, tak letak pun nama islam.

~syahmi, jangan politik.
pg melukis. hehe ~

c's said...

kat mesir xbleh gne nme islam.. darurat.. nti kena tgkp polis msk penjara bawah tanah..

xmo2

let say.. klu ad kes ada yg kena tgkp nti..

adakah itu kebahagian krn msk penjara krn persatuan nme islam n kita mmpertahankannya..

atau

silap strategi.. bnde nih ptt bleh dielakkan.. mengapa mahu bazir tenaga n masa dlm pnjara sdgkn bleh dok luar

ad pndgn?

بالتوفق والنجاح

mahasiswa said...

satu kerugian kalau perjuangan kite terencat, dan orang lain tak dapat merasai nikmat hasil kejayaan perjuangan itu.

strategi kena ada, ikut waqi' semasa.

pohonbakti said...

setuju dgn mahasiswa

strategi ikut waqi semasa. Ada masa nabi dakwah sembunyi, ada masa nabi dakwah terang2an. Ada masa nabi syadid, ada masa nabi senyum sahaja.

Masalah utama umat islam saat ini adalah aqidah. Isu utama perlu diislahkan juga tentunya ikut waqi' semasa kini [aqidah]

btw, produk jenama 'islam' paling laku kini di Malaysia. Semua pakat letak jenama berunsur islamik nak laku. Tak suka, tak setuju.