Thursday, November 27, 2008

Adik-adikku















Adik-adikku..
Abang merinduimu
Kamu membesar jauh di mata
Namun abang merasa gelak dan hiba
Ada yang belajar berbicara
Menutur kata hati manusia
Ada yang bijak menghitung
Sejuta itu bermula dari kosong
Mengira usia menginjak dewasa
Moga menjadi manusia berguna.

Adik-adikku..
Realiti dan fantasi berbeza
Sin Chan yang kamu minati
Tak kan bisa nakal dewasa nanti
Ultraman yang dikagumi
Pasti tewas dengan serangan realiti
Moga kau membesar dengan keazaman
Membesar dalam kehidupan
Melakar warna kejayaan
Mengukir bait senyuman.

Adik-adikku..
Abang merinduimu..

8 comments:

dan said...

kalaulah adik2mu bisa menjadi abang yang sepertimu

pun sudah cukup bangga ibu dan ayahmu.

waa 'ultraman tewas dgn serangan realiti'? hihi shin chan pun ade

mahasiswa said...

yang dua orang lelaki tu memang minat sangat kartun2 tu..mcm abgnya masih kecil2 dulu.hehe

jgn yang adik perempuan terikut2 abg2nye sudah.

sajak ni sekdar melepaskan kerinduan pada adik2, walaupun meraka tak membacanya. :)

Anonymous said...

salam alaik..
didoakan mereka membesar dlm tarbiah yg dpt menjadikan mereka spt anda..atau lebih baik lg dr anda..

mahasiswa said...

wasalam.
Moga kita semua hidup didalam tarbiyah. :)

pelajar said...

saya pernah 'menumpang' menjadi adik anda.. komen saya, anda abang yang baik meski sedikit garang..
semoga Allah sentiasa melindungi anda..

mahasiswa said...

saya garang ye..hehe
garang tanda sayang adik2.
moga Allah merahmati anda.
emm.siapa ye adik ni?? :)

pelajar said...

hurm.. betul2, garang tanda sayang.
sy setuju..saya tak pasti anda masih ingat saya atau tidak tp saya sangat ingat anda. kita pernah berjumpa beberapa kali di KISAS dahulu..nama sy Umairah

mahasiswa said...

owh..ingat2
rasenya pernah jumpa.
salam aidiladha.