Thursday, November 20, 2008

JOM KORBAN!!!



Iklan khas buat
semua warga PERMAI!











Saya takut. Ya, saya takut dengan darah. Rasa mual dan loya pasti ada apabila berhadapan dengan darah. Entah apa yang ditakutkan pun saya tidak pasti.

Pernah satu ketika saya berhadapan dengan seorang pesakit kanak-kanak di bahagian kecemasan. Dia duduk berhadapan dengan saya semasa menunggu urusan pendaftaran selesai. Wajahnya yang dipenuhi luka dan berlumurah darah cukup membuatkan saya tegar dengan kondusi itu.

Korban

Menjelang Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, saya teringat saat kali terakhir menyambut Aidiladha di Malaysia. Saya bersama-sama orang kampung menumbangkan satu persatu haiwan korban menyembah bumi. Ada satu ketika saya diminta memegang bahagian kepala lembu yang agak liat untuk disembelih. Saat parang melepasi bahagian leher lembu, darah memancut-mancut dan mengenai seluar saya. Hampir demam saya dibuatnya.

Tuntutan

" DAN BAGI TIAP-TIAP UMAT TELAH KAMI SYARIATKAN PENYEMBELIHAN(KORBAN), SUPAYA MEREKA MENYEBUT NAMA ALLAH TERHADAP BINATANG TERNAK YANG TELAH DIREZEKIKAN ALLAH KEPADA MEREKA, MAKA TUHANMU IALAH TUHAN YANG MAHA ESA, KERANA ITU BERSERAH DIRILAH KAMU KEPADA-NYA. DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG TUNDUK PATUH (KEPADA ALLAH)”
-AL-HAJJ:34-


Namun disebalik darah yang saya takuti dahulu , terselit sebuah tuntutan yang disyariatkan oleh Allah, erti sebuah pengorbanan.
Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang menunjukkan kesanggupan untuk berkorban demi manifestasi sebuah ketaatan kepada perintah Allah cukup menyentuh jiwa bagi siapa yang cuba mengambil pengajaran dari kisah tersebut. Bayangkan seorang ayah dan anak yang sudah lama terpisah, sanggup untuk memenuhi perintah Allah agar Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Sebuah pengorbanan yang cukup menginsafkan.


Oleh itu, sama-sama kita menanamkan niat untuk berkorban apabila kita berkemampuan.
Ibadat korban yang disyariatkan ini bisa diterjemah dalam pengaplikasian kehidupan yang sememangnya menuntut kita berkorban dalam pelbagai medan dan lapangan.

Berkorban di dunia, sebelum menjadi korban dunia.

2 comments:

dan said...

waa naqeb jadi toke korban pulak skrg ni? patut la sibuk memanjang..

kes doc takut darah..rupanya berlaku di kalangan member sendiri rupanya..jgn marah haha (aku pun takut darah sebnrnya)

ingat ayat surah Al-Kauthar ayat 2: "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (menyembelih haiwan korban)"

harapnya kita tak jadi korban dunia...mohon padaMu ya Allah..

slmt berkorban!

Naqeb Sulaiman said...

alhamdulillah,skrng dah tak takut walaupun dah lama tak jumpa darah.

JoM Korban! Menjejak Roh Pengorbanan.