Friday, May 29, 2009

Uncle Din dan 10 kg

Basah.

Rintik-rintik hujan menderu-deru membasah bumi, angin sejuk menghelus dari segenap ruang bangsal yang hampir roboh, namun tiada siapa yang tidak tahu kisah di dalamnya.

" Assalamualaikum. Ayah, Aiman dah balik. Aiman balik bawa sedikit wang dan makanan. " suara itu memecah sunyi rumah.

" Waalaikumusalam . Alhamdulillah. Ada rezeki buat kita. Terima kasih Man. " suara milik seorang lelaki lumpuh itu menyambut kepulangan anak tunggalnya.

Lelaki itu lumpuh separuh badan, tiada apa yang mampu dia lakukan melainkan menganyam tikar mengkuang bagi menampung hidup mereka berdua.

" Tapi Ayah, ada berita sedih. Soal mata pencarian Man. "

" Kenapa ? "

" Uncle Din dah tak bagi kami jual tin dan botol banyak-banyak kat dia. Mulai bulan depan, sehari dihadkan 10 kg sahaja. Susah la macam tu ayah. " suara Aiman bergetar sedih.

" Jangan risau, sekurang-kurangnya Man boleh cari dan jual tin-tin dengan Uncle Din lagi kan. "

" Memang boleh jual Ayah, tapi ni soal hidup kita ayah, masa depan Man ayah. Dengan 10 kg sehari, berapa ringgit sangat Man boleh dapat. Dan lagi satu, Uncle Din dah taknak beli tin-tin tu banyak-banyak dari budak-budak macam Man. Terhad. Jadi, persaingan makin sengit. "

" Kenapa persaingan pula ni Man. Ayah tak paham? "

" Macam ni Ayah, kalau dulu, Man selalu dapat kutip sampai 20 kg, ada sekali sampai 21 kg. Uncle Din selalu puji Man, dan kalau dia dah tutup stor dia dan Man baru je sampai, dia tetap beli tin dan botol Man. Sebab dia tahu Man gigih dan sungguh-sungguh. Yela, kalau tak, macam mana bole dapat sampai 20kg. Tapi....lepas ni mesti susah. Ramai yang boleh dapat 10 kg. Kacang saje.. "

" Emm..susah juga macam tu. Tapi Man kena ingat, dapat 10 kg bukan bermakna Man tak usaha, tapi cuma dihadkan pencapaian. Sekurang-kurangnya Man lepas ni boleh tumpu study.
Lepas dapat 10 kg, terus balik rumah, buka buku betul-betul. "

" Tapi Ayah.. "

" Man jangan risau soal 10 kg tu. Cuma yang Ayah risau tentang sikap Uncle Din, harapnya dia ada plan jangka panjang nak bantu golongan miskin macam kita ni. Dia mesti adil dalam bagi peluang untuk budak-budak macam Man dan juga dari sudut harga bayaran. Harapnya jangan dia fikirkan perniagaan dia maju dan nama dia harum sahaja. "

" Tapi Ayah.. "

" Dah, Man jangan risau. Lepas ini Ayah akan buat banyak-banyak tikar untuk dijual. Kalau sempat Ayah nak buat bakul rotan. Sekarang Man pergi mandi dan berehat. Lepas makan, pergi siapkan kerja sekolah. Malam ni pergi rumah Pak Ajib, ada kenduri sempena dia naik pangkat besar. "

" Baik Ayah. Man sayang Ayah ."

Ada air jernih yang memanas pipi sejuknya.

Ada deru ombak jiwa yang menghempas sayu hatinya.

Ada impian dan kesungguhan yang terpancar pada riak jiwanya.

" 10 kg, tak kan patah jiwaku memburu cita-cita! "

11 comments:

Fawwaz Saleh said...

menarik cerita ni naqeb..
moga2 uncle Din tu ada planning laen utk tidak membiarkan saja tin2 yg lebih tu..
kalo xda rugi la...
kemampuan org macam man dihadkan..

Org macam man nnt taktau la nak buang tin yng mana...

tahun5 said...

amboihh.... tingginyee maksud...

hot said...

aku rasa ade kaitan dgn spm kena had 10 subjek ni. kan kan?

aku rasa agenda uncle din mmg bagus. tp yg skolah agama patut hadkan sampai 12 kg.

Naqeb Sulaiman said...

Afiq Fawwaz ,
betul2.
masih ada kepentingan tin2 berlebihan. cuma perlu diletakkan di tempat yg sesuai.

tahun5,
tinggi?
naseb baik tak berat mcm 20,21 kg.. ;)

hot,
ade kaitan ye? terpulang pada pembaca menafsir nye. :)

apa kaitan Uncle Din dengan sekolah agama? :)

~terima kasih kepada anda bertiga atas respons kalian, moga menggerak akal untuk berfikir :) ~

syah said...

ak bru terpikir..
org2 yg xberkemampuan, dgan cara kumpul A byk2 la bru kerajaan buka mate kat diorg kan..satu peluang utk diorg cuba bersaing rebut biasiswa..

hm hm..

rasydan said...

sepatutnya had 12 kg! PQS+PSI+Arab perlu ada

Naqeb Sulaiman said...

syah,
dalam selerakan kaca, memang susah yang mencari batu permata.
hanya kilauan yang mampu membuka mata.

dan,
betul2.
semua subjek2 tu ko highest kan. :)

pemikir said...

sekarang ni sedang dikaji untuk kurangkan bilangan wajib tin yang perlu dikumpul..huhu. tunggu dan lihat.

ManJa said...

wah....best nye citer ni..love ur story..mau lg....

Naqeb Sulaiman said...

pemikir,
tunggu, lihat, respond. :)

manja,
tq.
insyaAllah.
bittaufiq wannajah.

c's said...

usy, dalam..

ye lah pakat saing nak dapat banyak A.. jadi 100 toplist the most quality can collector [ape punya istilah] tak cukup ok ag ke?

tapi company yang tawarkan scholars mesti bijak memandang kualiti.. khazanah bank negara, certainly choose the best candidates in many angles n aspects.. nanti kaki study je, pastu alih2 tinggal jugak addmath, bio tuh dkt gate skola.. =P

*bila budak malas blaja komen .. haih, bertaubat!*