Monday, January 11, 2010

Hospital : Rasa Sesuatu

Saya pelajar perubatan, akan jadi doktor satu hari nanti. IAllah.
Tapi saya semak semula penulisan saya sejak kali pertama berblog, macam bukan pelajar perubatan.

Orang kata kalau mahu mengenal tuan empunya badan, boleh dilihat corak penulisan.

Saya pernah menulis tentang politik, siapa tahu satu hari nanti anak Kampung Sengkang ini akan masuk ke dewan parlimen.
Cerpen dan puisi juga pernah saya hiasi di kanvas blog ini, mungkin juga penulis akan saya lalui jalan likunya kelak di hari tua.
Isu persatuan juga selalu jadi pilihan, mungkin kerana saya sedang memegang jawatan.

Tapi, tentang perubatan, belum pernah saya tuliskannya. Kalau ada mungkin sekadar tampalan pada mana-mana artikel.

Jujurnya, saya menulis tentang satu perkara atas dasar kecenderungan meminatinya.

Jadi, saya ni kurang minat medic ke?
Em.. saya minat, tapi belum cukup minat hingga untuk menarikan buah bicaranya di blog ini soal dunia perubatan.

Mungkin kerana saya belum cukup makan garam dalam dunia ini, baru masuk tahu ketiga, tahun akhir pre-klinikal. Hanya ditimbunkan dengan nota-nota yang perlu dihafal dan memasuki lab untuk melihat bongkah-bongkah tiruan dan cadaver yang kering dan rangup barangkali.

Selalu juga saya meninjau blog senior-senior klinikal tak kira di mana mereka berada, agak mengujakan, walaupun saya tahu keletihan dan cabaran lebih banyak terhidang di depan mata di alam klinikal nanti, belum lagi bila sudah menjejakkan kaki sebagai doktor pelatih di Malaysia.

Jujurnya, saya sukakan suasana hospital, ada rasa semacam yang tidak boleh diungkapkan.
Kalau kecil-kecil dulu, saya selalu ke hospital apabila fatrah adik-adik saya lahir ke dunia.
Menunggu emak keluar dari dewan bersalin, satu penantian yang menyeksakan, menanti wajah-wajah yang akan menyerikan keluarga.

Hospital.

Di dalamnya ada seribu satu kisah.
Kisah yang datang dari seribu satu punca.
Yang akan berakhir dengan noktah yang sama, tapi pada masa yang berbeza.




Sehari ditahan di hospital KAUH yang akan saya terokainya hujung tahun ini, memberikan kembali rasa itu.
Rasa ' sesuatu' kepada hospital.
Rasa untuk menerokai.
Rasa untuk memberi.


~dah2, sambung study, khamis ni exam bermula~
~ terima kasih buat semua yang mengirim doa, ziarah,bagi hadiah, makanan, kek , call dari UK mahupun Jordan. ~terharu~
~ Alhamdulillah, tongkat kanan sudah dijauhi, menunggu masa untuk berlari dan terbang tinggi~
~ aliran Sungai Nil sudah menari-nari ~


6 comments:

yusof said...

tatkala melalui hospital ketika berjalan ke kelas, membara semangat nak jadi doktor, nak cepat2 masuk alam klinikal.. moga lekas sembuh Naqeb, as-sabru minal iman..=)

Naqeb Sulaiman said...

usop,
iAllah, sama2 melangkah ke alam
klinikal.
syukran ;)

fatihah aminah said...

Saya juga seronok menunggu di hospital. Ada satu rasa yang mungkin orang lain tak rasa. Encik, semoga cepat sembuh :)

ainshams said...

sblm masuk klinikal, awak da merase dok kt hosp..
salamtak~

Naqeb Sulaiman said...

fatiebagus,
syukran.
semoga ayah cik sihat juga.

ainshams,
syukran.
tak sabar nak masuk sebagai doctor,
tak nak jadi patient dah. :)

c's said...

xde MC ke?

doktor yg pnh jd patient akn ade rse empathy lebih sikit

kata org .. da tension2 byk lecture kat sekolah.. bila blk uma klu cte medik lagi, mkn skit kepala .. [kot]

btw, naqeb jd minister of MOH.. ktrg nk mntak nek gaji+allowance.. huhu