Monday, November 24, 2008

Aku lelah..

Aku lelah dan lemah
Atmaku penat dan tenat
Ingin ku lapangkan masa
Menghirup udara segar bugar
Tanpa halangan timbunan tugas
Namun Dia banyak memberi nikmat
Wajarkah aku berehat.

Aku rasa masaku suntuk
Masa berputar dengan pantas
Membuatku tandus dan lemas
Ingin ku lapangkan masaku
Menghiburkan hati berlagu
Namun ketenangan itu milik-Nya
Wajarkah aku membuang masa.

Ku rasa tanggungjawab terlaksana
Ku banding dengan yang terleka
Namun ku silap jua
Dia yang menilai segala
Tanggungjawab melebihi masa yang ada
Wajarkah aku terkorban kerana dunia.

7 comments:

dan said...

amboi, sedap. tapi kenapa tak diletakkan tanda soal pada akhir setiap rangkap tu? baru lebih nampak penekanan pada mesej yang nak disampaikan. jadi lebih nampak retorik.

sekadar pandangan. tapi yelah, kita walau penat macam mana pun ttp ade tugas yg kena buat. Sebagai hamba, khalifah, daie.

Naqeb Sulaiman said...

dan, tak diletakkan tanda soal kerana
ia bukan persoalan yang ada dua jawapan. ia hanya manifestasi sebuah maksud, tidak wajar.

same2 kita laksanakan tugas dan amanah. :)

Naqeb Sulaiman said...

Mengambil post dari blog seorang sahabat: "Untuk sahabatku yang kelelahan"

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang sedangkan kebaikan yang telah dilakukan akan terus kekal..

Sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang sedangkan dosa yang dilakukan terus kekal..


-Saidina Ali r.a-

Anonymous said...

"di saat kite hanya berfikir utk hidup tuk diri sdnri,terasalah oleh kite bahwa kehidupan ni begitu sempit..dimulai dgn kelahiran dan berakhir dgn kematian..berangkat dr pertama kali kite digelarkan di atas muka bumi nih dan kembali ke bumi lagi..TAPI..jika kite hidup utk aqidah dan org lain,maka terasalah oleh kite kehidupan ni cukup luas dan pnjg..ia lahir bersama dgn kemanusiaan dan hanya akan mati bile ruh keluar dr jasad kasar nih..berpisah dgn bumi..kite akan berasa sgt bahgia dan puas..umur kite berlipat ganda melebihi jumlah angkanya..w'pn ia lebih kecik dr hitungan taonnye.."

petikan dr surat Syed Qutb utk adiknye Hamidah Qutb ketika beliau di penjara..moga x lelah didunia..biar pn penat tp pasti ada harganye kepenatan tu jika segalanye nawaitu lillahi taala..didoakan moga terus tsabat dgn kebaikan yg dtg dlm hidup..chayo'..chayo'..

Naqeb Sulaiman said...

syukran, anonymous.

Bait-bait yang mengesan jiwa. moga kita tsabat beramal kerana Allah.

c's said...

Dalam lelah begini, tidak mampu kuungkap kata puitis..

btw, lelah itu punya matlamat n tujuan..

penat itu punya asbab n ... (apa ek?xdpt sambung ikut rima=P)

btw, iA, di sebalik kelelahan n kepenatan, di situ ada ketenangan n kebahagiaan..

kebahagian menjadi hamba n khalifah yang amanah..

Slm eid adha buat mereka di Irbid~

Naqeb Sulaiman said...

walau lelah seketika, tidak salah merehatkan diri, mengecas tenaga, mendamba pertolongan-Nya. Kita hanya hamba yg terbatas daya.

Salam aidiladha buat warga kaherah juga.