Wednesday, November 5, 2008

Kami Memang Cemerlang










Seorang pengetua memanggil tiga orang guru ke biliknya.

" Untuk pengetahuan kamu bertiga, setelah dibuat penilaian, pihak pentadbir mendapati kamu bertiga merupakan guru yang paling cemerlang. Tahniah. "

Ketiga-tiga guru berkenaan terkejut dengan makluman itu dan hati mereka berbunga-bunga.

" Oleh itu, sebagai ganjaran, saya telah memilih 90 pelajar terbaik di sekolah ini untuk diletakkan di bawah kamu bertiga. Enjoy your teaching. "

Mereka bertiga begitu gembira dan bersemangat untuk memulakan tugasan itu.
Begitu juga dengan 90 pelajar tersebut apabila dimaklumkan mereka adalah pelajar terpilih dan diletakkan di bawah guru terpilih.

Setelah keputusan ujian keluar, hasilnya cukup memberangsangkan apabila keputusan mereka 30 hingga 40 peratus lebih baik berbanding purata pencapaian pelajar-pelajar lain.

Sejurus itu, pengetua tersebut bertemu dengan guru-guru tersebut dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.

" Tahniah saya ucapkan atas pencapaian anak didik kamu semua. Tapi saya ingin berterus terang, sebenarnya 90 orang pelajar itu bukanlah yang terbaik, tetapi mereka dipilih secara rawak. "

Guru-guru berkenaan terkejut.
" Kalau begitu, kami memang cemerlang kerana dapat pelajar yang tidak terbaik pun, mereka tetap cemerlang. "

" Dan satu lagi saya nak jelaskan, kamu bertiga bukanlah guru yang terbaik di sekolah ini. Kami mencabut nama di dalam kotak, dan nama kamu bertiga yang naik."


Hijrah

Kepercayaan dan keyakinan diri akan diterjemah menjadi tingkah laku yang akan dipandu oleh persepsi terhadap diri. Persepsi yang penuh dengan matlamat dan kemahuan tanpa desakan dan paksaan. Jika kita yakin bahawa kita merupakan pelajar yang cemerlang, maka segala tindakan kita akan menjurus ke arah penambah baikan dan membawa kepada hasil yang optimum.

Hidup ini ibarat sebuah perjalanan yang berliku dan berbukit. Ada suatu ketika kita perlu mempercepatkan langkah, ada ketika kita perlu memperlahankannya dan ada masa kita perlu meningkatkan waspada.

Sedikit perkongsian, saya meminati acara merentas desa dan larian jarak jauh kerana di dalamnya banyak tersemat perkara yang menguji diri.

Pertama, kita tahu destinasi kita. Mana mungkin untuk kita berhenti di tengah jalan andai destinasi masih jauh dihdapan.

Kedua, rasa mengalah dan lemah pasti timbul di tengah jalan, oleh itu keazaman dan kemahuan menjadi penentuan, tersungkur di tegah jalan atau terus mara berlandaskan laluan yang telah ditetapkan matlamat.

Ketiga, strategi larian juga perlu diambil perhatian. Seandainya di permulaan lagi kita dah mengerah tenaga sepenuhnya, belum satu kilometer kita pasti longlai di tengah jalan. Momentum dan simpanan tenaga amat diperlukan kerana kita akan melalui perjalanan yang panjang. Di kala ini, istiqamah amat diperlukan.

Begitulah sebuah kehidupan seorang hamba, Allah matlamat kita. Teruskan berjalan dalam kehidupan, agar tidak mati di tengah persimpangan.

Percayalah, kita mampu untuk berubah. InsyaAllah.

5 comments:

dan said...

ya, aku masih ingat acara merentas desa di kisas dulu. masa form 4 aku cuma 1 saat lewat untuk dapat 1 mata. (hampir jadi orang terakhir sebelum pagar ditutup!) rasa sangat kecewa, dahlah 1 saat je.

masa form 5, aku mmg sgt nak dapat mata (nak menang susah la sikit kan). tapi aku pergi berjoging kat stadium luar tu, hampir setiap hari jugak. sampaikan kantoi dgn ustaz maliki skali, skali lagi dgn cikgu add math yg penolong kanan koku masa kita dulu..ala lupa pulak..dia ajar add math. yela mana bleh keluar asrama sesuka suki kita je kan.

dan alhamdulillah aku berjaya melonjak ke tempat ke 42 (wpun sebenarnya boleh sampai lagi awal. tapi masa naik bukit berhenti..bila dah berhenti mmg susah nak mula balik)

tapi, sangat gembira! (tapi naqeb, aku tak suka sgt merentas desa, i'm not that athleticlah)

*cerita kat atas tu terjadi betul2 ke? kalau betul mesti cikgu2 tu sama ada diorang bengang kena tipu atau diorang rasa bangga. hihi.

Anonymous said...

ni ke yang dikatakan Pygmalion effect?

dr.anonymous said...

dear, it is good to interprete ur idea of a high-class student through the story it sounds very clear... but to me it sounds so cynical when u said about the teacher that way u see?? just an opinion

Anonymous said...

haha..pygmalion effect..gile lah sepul..psikologi..

Naqeb Sulaiman said...

salam.

Dan,
anyway tahniah, kire ade peningkatanlah larian ko ek. :)
Tak taula, cerita tu aku enagr dalam ceramah Ustaz Hasrizal. Apa2 pun diorg jadi yg terbaik.

saiful & anonymous,
yup kut. tak mahir sgt bab psikologi ni. :)

Dr.anonymous,
Thanks atas pandangan.
Tapi certita ni bukan untuk menghina, just sebagai pngajaran untuk yakin pada diri.
Ambil yg baik, buang yang buruk.