Monday, November 3, 2008

Kembara Di Tanah Jajahan ( Akhir )

Kala itu, tiada suara yang terlontar dari anak tekakku dan hanya diam seribu bahasa membaluti diri. Seribu persoalan datang bertalu-talu ke mindaku yang celaru.

" Sebelum beta khabarkan syaratnya, kau harus tahu seperkara. Sejak kalimah yang terucap di mulutmu didengari rakyat jelataku, mereka hilang upaya untuk berdansa dan meloncat-loncat mengikut irama. Mereka ibarat hilang akal dan punca, ada yang menangis teresak-esak dan ada yang pitam sehari semalam.
Beta khuatir kerajaan beta akan tergugat disebabkan hal ini "

Hatiku takjub akan hal yang berlaku sambil akalku ligat memikirkan jalan dan lorong pilihan yang bakal diajukan sebentar lagi.

" Katakan apa syaratnya? "

" Beta tahu kau orang beragama. Gunakan agamamu untuk memulihkan mereka."

Maksud kau?

"Kau terangkan akan perihal agamu itu, tapi kau perlu juzukkannya. Ambil yang sesuai dan buang yang dirasakan sudah ketinggalan. Putar belitkan dan pastikan ia menjauhkan mereka dari hakikat yang nyata. Kemudian, kau letakkanlah apa-apa jenama baru pada agamamu, biar nampak cantik agar mereka tertarik. Kemudian, kau akan dapat habuan yang beta janjikan."

Aku kaget mendengar tawarannya. Memang sudah dijangka, ada helah yang terselit disebalik perubahan sikapnya.

" Baiklah, aku mahukan kebebasan. Itu sahaja yang aku pinta. "

" Bagus. Beginilah yang beta inginkan dan idamkan. Usai mentari menjengah esok hari, kau akan berpidato di hadapan jutaan rakyat jelata, bertempat di Stadium Halusinasi Lagha. "

*****************

Mata-mata itu merenung dalam-dalam ke arah susuk tubuhku yang terpacak di pentas siasah. Aku berdiri sebaris dengan kerabat kepala mereka. Debar dan gundah hatiku hanya Tuhan yang tahu.

"Bismillah.."

Arghh !!

Ada yang menggelepar, menjerit terketar-ketar dan ada juga yang terkencing sedari aku mula berbicara. Sunyi !

" Aku adalah manusia bertaraf hamba, duduk matiku di bawah naungan Allah. Aku menyeru kamu semua kembali kepada-Nya, dia Maha Pengasih dan Maha Berkuasa. Tiada kekuasan melebihinya."

" Tinggalkanlah kalian ideologi memisahkan agama dan kehidupan dunia, jauhilah kalian hidup berkiblatkan hiburan nafsu.."

"Jahanam!!! Tangkap dan pancung kepala si pendusta bedebah ini." Tuan Penguasa Fana, Yang Disanjung, Raja Sekularisme murka.

Hatiku kecut melihatkan kilauan tajaman pedang yang tersemat di jemari lembaga bertubuh sasa di kananku. Namun, takut lagi atmaku andai menuruti kehendak si iblis itu.

Zapp!!!

Ya Allah!

Rasa sakit menjalar di segenap laluan saraf kepala.

Astaghfirullah.

Aku menggosok-gosok dahiku yang berdenyut akibat terhantuk ke tempat duduk hadapan. Pemandu bas menekan brek kecemasan barangkali. Istighfar ku panjangkan di lidah lantas turun ke sanubari mengenangkan mimpi yang menyelinap masuk ke lenaku sebentar tadi.

" Abdullah Ali, jaga solat ya, itu sahaja pesan ummi. " suara umminya sewaktu di stesen bas ketika melepaskan pemergiannya ke ibu kota metropolitan untuk menyambung pelajaran masih terngiang-ngiang.

Dia tahu pesanan yang ringkas itu membawa sejuta makna yang akan membentuk jalur kehidupan seorang hamba. Dalam ibadah itu terkandung pelbagai perintah yang akan diterjemah menjadi prinsip dan amalan sepanjang perjalanannya di tanah jajahan.

Ya, di tanah jajahan yang perlu dimerdekakan!

3 comments:

dan said...

wah naqeb, best ni. cuma sedikit pendek kut. tulis dalam bas ke? mesti terhantuk pastu ilham datang..hihii

simbolik ideologi..hmm ada gaya kerajaan Fantasia pulak..(Advencer Peniup Ney..) tapi, takde la sama sgt pun. anyway, tahniah! more of this plizz yea naqeb.

alaikannajah..

Ain Mardhiah said...

nice! try la hantar mana-mana.. cuba test tanya kak adiba ngan senior fahd ttg yg ni.. mana tau kot2 dapat lagi info untuk next cerpen.. ^_^ bitaufiq

Naqeb Sulaiman said...

wasalam.

dan,
tulis dalm bas..memang pun.hehe
tapi taklah terhatuk.

bila dah menulis, baru teringat ade persamaan dgn kerjaan Fantasia.
skdr untuk peringatan diri dan renungan bersama.

ainul,
syukran atas cadangan. :)