Wednesday, January 14, 2009

19+1?



18+1=19

Usia di hujung belasan.
Alhamdulillah, semalam saya sudah sempurna dua pekara.

Pertamanya, kuliah saya untuk semester pertama tahun kedua di JUST telah disempurnakan meskipun nota kuliah masih bertimbun-timbun untuk dihadap dalam tempoh dua minggu ini.
Keduanya, saya sudah melepasi usia 18 tahun, meninggalkan beberapa lagi 'adik-adik' yang masih memegang simbol 18 di usia mereka. :)

Saya ada satu hobi. Hobi saya yang berkaitan dengan usia.
Saya suka menjadikan saya setahun lebih tua. Maklumlah, hidup sekelas dengan 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' semenjak dari darjah lima.

Kali pertama saya masuk ke darjah lima, adalah seorang 'kakak' yang mengecil-ngecilkan saya. Usai keluar keputusan pertengahan tahun, pengecilan terhadap saya berkurang mendadak gara-gara saya duduk di tangga kedua, di bawah seorang abang. Kenangan lama yang sengaja saya kenang kembali tatkala usia mengejangah tua. Alhamdulillah, saya dan bersama 'kakak' dan abang tersebut kini sama-sama melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, satu di Indonesia, seorang bakal terbang ke India dan saya yang sudah dua kali menyambut hari lahir di bumi bertuah Urdun ini.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula..

Sekarang saya mahu mengenang zaman sekolah menengah pula. Rata-rata junior bawah saya memanggil saya gelaran "abang", mungkin kerana tidak tahu usia sebenar saya dan tertipu dengan kematangan saya ( matang ke? :) ). Apabila mereka tahu identiti sebenar saya, ada yang terus memanggil abang dan ada yang lebih selesa memanggil nama saya. Saya tidak kisah kedua-duanya, tetapi saya terpaksa mematangkan diri kerana terpaksa menjadi abang kepada rakan-rakan seusia. Ada yang datang ke bilik saya meminta pendapat dan nasihat,semua itu menjadikan saya dewasa dari usia sebenarnya. :).

Alhamdulillah.
Allah telah meminjamkan nyawa seusai saya menjadi juara di rahim ibu, hinggalah saya berkelana di bumi Jordan, negara yang kini ditohmah menembak ke arah tentera Israel.

19 tahun.
Usia saya telah bertambah setahun berbanding semalam.
Semakin bertambah usia, semakin menghampiri saat dicabut nyawa.

Ada seseorang pernah komen di blog saya dalam entri 2009 : Akhir di hujung belasan.

" cthla: kalau naqeb skrg dah 19 tahun,tempoh yang lama,agak2 apa yg kita dah sumbangkan utk agama Allah? (soalan ni pernah ditanya kpd saya).Sebabnya,kalau sesebuah negara,dlm tempoh 19 tahun,mcm2 yg boleh berlaku,dan kita?"

Betul. 19 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat.
19 tahun merupakan usia yang pemuda. Zaman yang sewajarnya menjadi pembela agama.
19 tahun bukan waktu berfoya-foya di zaman remaja sebelum melangkah ke zaman retua.
19 tahun belum pasti melangkah ke alam puluhan.

"Ya ALLAH, jadikanlah peristiwa Gaza ini sebagai titik tolak untuk syabab dan banat umat ini kembali kepada agama mereka". Menusuk hati para jemaah, petikan doa qunut nazilah yang dibaca oleh Syeikh Ma'mun di Masjid Jamiah Yarmouk.

Sahabat-sahabat pembaca blog ini, doakan saya dan kalian semua menjadi syabab dan banat yang menjadi pendokong agama tatkala ummat Islam di Gaza dibedil tanpa perimanusia.

Doakan agar usia yang kita yang meningkat ini menjadi penyambung mata rantai perjuangan usia syuhada' yang terkorban membela kesucian Islam.

Saya menulis tentang peningkatan usia ini sekadar untuk mengingatkan saya bahawa usia
saya semakin meningkat dewasa.

Tanggungjawab melebihi masa yang ada.
Saya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab semata-mata tertipu dengan menyangka saya punyai banyak masa. Kalian jangan tertipu sama.

Mohon ditegur agar tidak ku tersungkur, moga diperingat agar tidak ku sesat.
Saya memerlukan nasihat dan doa kalian.

-selamat menghadapi final exam buat sahabat-sahabat JUST
-doakan saudara kita yang mengalami 'exam' yang lagi berat di Gaza sana
-maaflah entri kali ini hanya mengungkai kenangan lama :)

8 comments:

aleeya_nlr said...

Hidup hanya sekali, hayati masa yang ada sebelum melangkau usia puluhan. Semoga akhir belasan akan meninggalkan kenangan yang penuh bermakna bersama pertambahan amalan dan kematangan hidup

c's radin said...

memang tak bleh terima panggilan adik.. haih..

tapi apabila adik-adik lebih matang dlm fikiran n tindakan, itu menjadi refreshment kepada org yg lebih tua, hidup bukan itu di'reverse', mahu kembali ke zmn kanak2 dsb, tapi untuk diteruskan perjalanannya, membina hari-hari baru untuk mencari makrifatullah n maradhatillah.

btw, selamat hari lahir.. kullu a3m wa enta wa kullu ma3ak bikheir... inshaAllah fi barakatillah

asyila said...

slamt hari lahir..tdk mengapa kita matang dari umur sebenar..(seronok tk junior panggil kamu ni 'abang'??)

sanah helwah..bittaufiq wannajah fil imtihan..doakan kami di sini juga..=)

adikmu di Gaza said...

salam abg..

nama saya Ahmad
umur saya baru 9 thn, abg 10 thn lebih tua drpd saya..

pertamanya, saya ucapkan tahniah buat abg krn berjaya menjejaki usia 19 thn. Bagaimana rasanya hidup 19 thn dlm keamanan & keselesaan?? Seronok bukan?? Mengharungi usia kanak2 dlm kegembiraan, mesti best kan??

saya di sini tidak pernah merasai keseronokkan seperti yg abg rasakan. Tetapi hidup saya dipenuhi dgn kebahagian. Kebahagian yg tidak dpt dirasai oleh org2 seperti abg. Bahagia dlm perjuangan..

jikalau 19 thn abg baru ingin menjejak roh pengorbanan, abg sepatutnya merasa malu.. kerana saya yg berusia 9 thn, tetapi roh pengorbanan telah tersemat kukuh di jiwa saya..

buat akhirnya, saya pohon maaf krn tidak ada yg mampu saya hadiahkan buat abg sempena hari lahirmu. Saya tidak punya apa2 melainkn darah dan air mata..

sekian sahaja dari adikmu..
jgn lupa doakan roh ibu yg telah pergi..

yg benar,
-Ahmad-

mahasiswa said...

wasalam,

adikku di Gaza.

Ya, memang abg patut malu kerana tidak sekuatmu.
19 tahun abang jauh nilainya dari usia kecilmu.
abg menjejak roh pengorbanan agar abng bisa jadi manusia yang merasa apa yang kau rasai.

adikku,
abang dan rakan-rakan seuisia abang sememangnya wajar malu denganmu,
memang kami hidup dengan kesenangan hingga kami kelalaian,
adik diuji dengan keperitan dan penindasan,
namun adik bangkit melawan usia muda, menjadi manusia berjiwa.
kami disini diuji dengan kesenangan dan kemewahan,
namun, kami sering tumpas menjadi kanak-kanak tidak berjiwa.

adikku,
doakan abang-abang dan kakak-kakakmu di sini kembali kepada agama.
kembali kepada fitrah kesucian Islam.
meletakkan kembali roh pengorbanan ke dalam jiwa yang cintakan dunia.


kami akan teruskan mendoakan mu,
adikku.

-abang dari Irbid yang malu akan adiknya di Gaza

mahasiswa said...

salam,

aleeya_nlr,
c's radin,
asyila,

syukran,
moga kita semua ambil pengajaran dari komen adik kita di Gaza.

Khaulah_tsabit said...

Assalamu3laikumwbt.

Selamat Hari Lahir.
Semoga usia yg b'tmbh ini meningkatkn lg taqarrub dgnNya,bkn semakin m'jauh..
Rugilah org yg usianya semakin bertambah,tetapi pahalanya semakin b'kurang (sebab semakin bertambah dosa). Sebabnya,untung kalau org itu meninggal saat dia masih kecil (pahala > dosa).

Semoga usia yg bertambah,menambah rs takut pd DIA & lebih mentadabbur kalamNya,insyaAllah.

---> " saat kamu dilahirkan,kamu menangis & org lain tersenyum.Berjuanglah agar disaat kamu m'hembuskan nafasmu yg terakhir,kamu akan tersenyum & org lain akan menangis " (HAMKA)


p/s : xpe menjadi tua setahun dr usia,sbb kalau ikut kiraan bulan Islam,kita mmg lebih tua setahun dari usia di tahun masihi :)

Wslmwbt.

mahasiswa said...

Wasalam.

khaulah_tsabit,
syukran atas peringatan.
moga kita tergolong dalam golongn yg tersenyum tatkala menghembuskan nafas terakhir. Amin.