Monday, January 26, 2009

Songsang ?

Satu.

Akhir.

Mula.
Setiap permulaan dihujungnya tercatuk titik pengakhiran. Dan titik pengakhiran itu bukan noktah penamat, kerana ia hanya senggang masa untuk menyedut nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung bait-bait seterusnya. Ibarat coretan pena, setiap perenggan memainkan peranan dalam membina kesinambungn hikayat mahupun sejarah.

Perenggan pertama bercerita soal usaha-usaha hendak membangunkan masyarakat, mahu menjana modal insan, menunjang pembangunan negara. Berjela-jela. Penat.

Menyambung dengan perenggan kedua, ligat menyumbat lompang hati manusia dengan hiburan sejagat, menyekatkan tumbesaran minda dan akal anak muda berjiwa manusia, juga penat. Songsang?


Perenggan yang tidak saling menyokong, malah memesong, hasilnya KOSONG! Semua itu bohong!

Sekadar muqadimah.

Alhamdulillah, selesai sudah semester pertama tahun kedua saya. ( ini point utama sebenarnya : )

Semester yang banyak mengajar dan mencabar manusia kerdil, si pelajar . Dan ajaran dan cabaran itu hanya sekelumit dari apa yang dirasai oleh saudara kita di Gaza.

Malu.

Banyak kenangan yang saya nukilkan di blog ini. Nukilan yang kalian bisa baca dengan pancaindera atau juga dengan cubaan bacaan bicara hati manusia.

Kenangan sepanjang semester ini saya rakam dalam blog ini, untuk tatapan saya, dikenang semula.

Saya menulis tentang Majlis Jom Korban, agar saya tahu hidup ini memang memerlukan pengorbanan. Atas cadangan Rasydan, saya transaksikan blog ini kepada Menjejak Roh Pengorbanan.

Semester lepas juga membuka ruang saya berjinak mengasah pena berkarya, walau saya tahu terlalu banyak lompang kosong. Terima kasih Hilal Asyraf kerana kehadirannya meransang saya untuk berjinak berkarya.

Alhamdulillah, cerpen Kasih Fana di Sudut Dunia terpilih pemenang Sayembara Cerpen Islami PERMAI, meski hanya beberapa kerat yang menyertainya. Bagi yang rasa berpotensi untuk menulis, apa salahnya anda mencuba, jangan disia-siakan ajaran guru bahasa sejak di bangku tadika.

ADHA.

Satu kenangan yang akan saya kenang sepanjang keberadaan di sini. Pengarah teater yang menawarkan diri membantu,membuat saya terharu, bersenergikan pelakon dan krew yang mantap, menghidupkan pementasan sulong di sini. Moga kekurangan dan kelemahan yang menfitrahi usaha kecil ini akan disusuli dengan muhasabah dan penambaikan di segenap sisi.

Semester ini juga banyak mengimbau kenangan lama. Saya kembali berhujah di meja debat meski sudah penat.


Azam?

Setiap akhir semester, ramai yang memasang azam untuk memperbaik pulih kecatatan dan keaiban yang telah disemadikan, namun sejauh mana kebenaran azam itu dizahirkan,
tepuk dada tanya kemahuan, sekadar tahu tapi tidak mahu, letaklah kita digam teguh di takuk tidak mampu.

Jom kita meneruskan kesinambungan jalur hidup kita, biar cemerlang. Jangan SONGSANG! :)


-menghitung hari..bau mee bandung sudah mengunjungi
-selamat bermusafir buat sahabat sekalian, carilah pengalaman bertunjang redha Tuhan
-ada cadangan novel atau buku menarik tak untuk dibeli di Malaysia?

10 comments:

dan said...

eh ada nama aku eh. hehe

semalam ada gerhana kat msia. aku ada tulis di blog. baca la

mee bandung? itu sarapan pagi aku semalam.. :)

buku kat msia, baik ko pegi tengok sendiri, ko dahla cuti kan...aku pun dah lama tak ke kedai nak belek2..sibuk dan jugak nak saving, tu sebabnye... huhu

syah said...

rasy..buku salina A.samad said ade jual lg x?..

dan said...

oo syah ni syahmi ke haha rindu pulak kat adik aku yang sorang lagi ni (sbb seingat aku, ko sorang je yang panggil aku rasy :))

salina eh? aku cuba cari online tp nampaknya stok takde. tapi aku tgh tny orang, nanti aku bgtau kalau ada. btw, ko tak balik skali? nak jumpa ko gak. kalau aku jumpa salina tu nak buat ape? beli dulu ke? pastu bg naqeb?

Khaulah_tsabit said...

Assalamu3laikumwbt.

al7mdulillah,dah selesasi semester pertama,tahun kedua anda. Next semmasuk system ye :). InsyaAllah,kheir.

Selamat pulang ke M'sia. Mee bandung mee bandung dah memanggil.

Semoga selamat perjalanan,insyaAllah.

Wslmwbt.

mahasiswa said...

wasalam.

dan, aku nak Salina satu gak. ( dan, jadi tokey buku lak :)

ko bz ek, baru nak ajak ko pg kedai buku. :)

syah,
adik? hahaha.
tak kirim novel2 jiwang ke? ;P

khaulah_tsabit,

Alhamdulillah.
Amin.
Syukran.

dan said...

eh naqeb, kalau gi ngan ko, aku nak! nak sangaaaaat gi kedai buku ngan ko jom jom tapi tetapkan hari yang sesuai la tau..

boleh cari Salina sama2. (asal tiba2 nak Salina ni)

syah kan adikku juga, kan? kan?

haha

mahasiswa said...

ok.
nanti aku contact ko bile sudah berpijak di bumi msia. mybe hujung minggu la kan. tak nak ganggu ko dengan dunia mahasiswa Intec yang bz. :)

syah said...

haha..ak pesan salina n politikus perempuan melayu(FT) kat cik mahasiswa nih..klu ko jumpe, ko kirimkan kat naqeb e..tq abang rasy..haha

p/s-duit novel tu, mntak nqeb..die nk blnje..hehehe

Ainul Arina Madhiah said...

salam

sekadar cadangan kalau berminat

http://rebeccailham.blogspot.com/2009/01/saya-sedangakan-baca.html#comments

mahasiswa said...

Wasalam.

Syukran.