Saturday, January 24, 2009

Secawan kopi pekat


Secawan kopi pekat,
Menghimpun manusia rapat,
Bicara soal umat.

Seteguk Starbucks coffee,
Bicara bisnes meninggi,
Seribu syahid terpuji.

Sehangat air teh,
Dihidang bidadari kala letih,
Pengikat tali kasih.

Sebotol Coke,
Diteguk bersilang rokok,
Mayat saudara berlonggok.

Kau pilih mana?
Ingin kau bunuh siapa?

5 comments:

dan said...

segelas air 50 sen,
di kafe cemara,
tembikai laici, mangga, mahupun kiwi,
pilihlah perisamu.

'up' sikit 30 sen,
segelas besar air bakal dihidang,
atau bungkuskan balik ke bilik,
supaya kau tak dahaga lagi.
(bawaklah sekali nasi paprikmu itu)

haha.

starbucks? aku selalu gak gi starbucks. tapi kat tepi surau cemara tu je la. keh3.

bagi email sat. takkan nak dedahkan no phoneku di sini pulak kan.

mahasiswa said...

haha..
Membuat ku rindu pd intec. :)
Bg je kt cni, biar meriah ckt inbox ko.hehe.. .
munaq_89@yahoo.com.my
Jgn bg org lain emal ni,sesak nanti. ;)

syah said...

ceh..jgn bg org laen emel..yg ko tayang kt sini knape..adeh..

celecoxib oh ibuprofen bersama indomethacine dan diclofenac juga..
-pusing-pusing-

mahasiswa said...

syah pusing-pusing.

ambillah dextromethorphan, dont worry, without any addiction. :)

syah said...

tu ubat batuk la..ape kaitan..