Friday, January 23, 2009

Keluarga: Menghitung hari..

Panas dan nyaman pagi Jumaat ini.

Saya terlena di depan sobah ( alat pemanas ) pagi ini. Telinga saya sayup-sayup menangkap bunyi pesanan rindu dan cinta seorang ibu ke mesin penghubung saya dan keluarga.

" Salam. Alhamdulillah, abah hari ni dah boleh sembahyang jumaat pegi bawa keta. Bertambah sihat . Lepas sembahyang mak bawa abah pg buke kat leher ( tiub untuk cuci darah) sebab dah boleh pakai pestula kat tangan. Lebih senang abah nak bergerak. semua berkat doa anak2 abah. Afiq jadi ketua darjah dan pengawas sekolah agama. Ari ni Qila balik cuti seminggu raya cina. Adik Ayuni dah tak pakai pampers. Last paper exam nanti bgtau ye. Ok, jumpa tak lama lagi, makin dekat makin rindu pada Naqeb. bye. "

Membaca mesej ini, rindu saya membuak-buak untuk melutut di hadapan keluarga, membayar harga nilai hari-hari yang mereka lalu tanpa saya. Harga pengorbanan Emak yang banyak berkorban tatkala Abah diuji Allah sejak beberapa bulan lalu. Membayar kerinduan Abah pada saya, walau dia tidak pernah menyuara rasa rindu itu, saya dapat rasakan dengan esakannya di hujung talian ketika berminggu dia terlantar di hospital. Walau saya tahu saya tidak dapat membayar semua itu, izinkan saya menyelit dalam lipatan ujian meskipun dua minggu.

Emak memang selalu mengirimkan saya perkembangan atma dan tampang kecil adik-adik saya fasa kedua. Ada tiga orang kesemuanya, Najib, Afiq dan Ayuni. Saya dan kakak serta adik perempuan saya , kami tergolong dalam fasa pertama, maksudnya sudah menjejak alam dewasa.


Muhammad Afiq Nadzmi.

Si cilik yang kami sering gelar Sin Chan. Muka lebih kurang, perangai pun perasan matang. Apa yang yang saya respect kepada pemilik mata sepet ini adalah level bahasanya yang mengagumkan. Selalunya , dia berbicara dengan laras bahasa rasmi hingga kadang-kadang buat kami tergelak besar.

" Pada pendapat Afiq ..".

Harapnya dia mengekalkan budi bicara ini kalau di masuk ke dewan parlimen nanti. Harapnya hujahnya tidak bertunjangkan emosional hingga menggadai rasional.
Sekarang ni masih menggunakan basikal beroda, meskipun basikal itu hampir lumpuh dikerjakannya seminggu selepas saya membelikan setelah dibisik ke telinga beberapa kali dalam talian. Saya doakan dia gigih berkayuh hingga mampu memecut tanpa perlu berpahut, agar tidak hanyut.

Sekarang sudah melangkah ke alam sekolah rendah, menemani abangnya menggamatkan S.K Sengkang, meneruskan kesinambungan saya dan Kak Tiqah.
Sudah memegang jawatan ketua darjah. Harap si Sin Chan berpipi ala tomato ini tidak mengulangi kesilapan saya, menjadi ketua darjah ibarat singa. Harapnya Afiq tidak mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa, tidak menjanjikan propaganda manis buat pengundinya, bebas dari skandal yang sering melanda ketua-ketua darjah peringkat negara, dan apa yang paling penting menjalankan syariat Allah.

Afiq, ingat pesan ini, Allah itu yang memiliki kerajaan, jangan jadi bongkak bila diperi pinjaman kerajaan, kerajaan itu boleh ditarik bila-bila masa, pembangkang itu tidak semestinya salah.

Selamat mentadbir Parlimen 1 Jaya. :)



Nur Haziqah Ayuni,

Ayuni sudah mula berdikari.
Sebulan lebih direnggang dari Emak yang menemani Abah dihospital, saya kira dia sudah biasa dengan hal itu. Saya ingat lagi saat dia lahir, ketika itu saya sedang bermusafir di HKSBP 2005 di Sekolah Sultan Alam Shah. Setiap kali menjelang HKSBP, saya akan ingat kelahiran si bongsu ini.
Hari terakhir sebelum saya berangkat pulang ke Jordan, dia menyusup masuk ke bilik saya dan tidur di sebelah saya.

Si ligat ini dahulunya pernah terkena sawan pengantin, walaupun saya kurang percaya perkara sebegini. Dia terlalu malu dengan orang dan akan memejamkan mata berjam-jam hingga tertidur dek malunya kepada manusia. Saya doakan agar dikekalkan rasa malu itu agar dijauhkan dari gejala dan barah neoplasia yang semakin menabrak wanita yang hilang rasa malunya.


Rindu.

Saya rasa cukup melepaskan kerinduan menulis di sini. Maaflah kerana melepaskan di sini. Mereka memang tidak dapat membacanya.

Tapi ada keluarga yang dapat membacanya, kalianlah keluarga saya di alam maya ini. Jika kalian sudi. Sebagai keluarga,tegurlah kesilapan saya andai kalian mampu bertemu saya di dunia nyata, jika tidak nasihat sahaja saya di sini, di dunia kecil maya ini yang menghubung kita. Jika saya berkarya, saya mohon dikritik kelemahan agar mampu penambaikan.

Membaca blog bukanuntuk menjadikan kita seorang pengangguk dan setuju dengan setiap bilah huruf dan rangkaian makna yang diluah blogger. Pembaca yang baik adalah pembaca yang memikir, mencerakin dan bukan yang membuta tuli menyerah rasa setuju , " Ana stuju dengan artikel ini, ana insaf. " tanpa menilai dan mengkaji dengan teliti.

Saya akui, blog ini tidak seberapa, tulisan saya tiada nilai harga, hanya sebuah coretan perjalanan hidup yang saya nukilkan kerana saya tidak bisa menggaris catatan di buku tebal diari meski sudah dicuba acap kali.

Saya mohon ditegur, agar tidak saya lena berdengkur.

Terima kasih kerana membaca, moga kalian dirahmati Allah , Pencipta yang mengutuskan kalimah 'Iqra' dipermulaan wahyu kepada Rasul Junjungan kita.

Terima kasih, keluargaku.

-satu paper lagi
-menghitung hari mula membaca dan memburu karya
-melodi menjemput bidadari asyik tergiang-ngiang di telinga, bukan liriknya. :)

6 comments:

c's said...

rima ayat sedap n mantap..

wlu tak boleh lawan teknikal bahasa mcm dulu, usha baca sini pn boleh letak benchmark sendiri supaya tak reverse ke belakang dlm pengstrukturan ayat.

barakallahu fikum

mahasiswa said...

berima ke? terikut-ikut trend pidato abg amir.
sama-sama mengangkatkan martabat bahasa. :)

syukran.

dan said...

rindu kat pemilik blog ni jugak

mahasiswa said...

aku juga. :)

kalau sempat nak ziarah intec.
dan, bila balik dari cuti?
no bilik kat intec berapa?
hehe.

dan said...

heh.

nak dating eh. bole2. bila tu? awal bln 2 tu bila? when is your flight to msia?

aku cuti sgt sekejap..korbankan cuti aku sbb bnyk keje (sbb tu kat blog aku ada sign busy tu) aku balik ahad, ke intec semula hari selasa or rabu kut. belum msuk bln dua pun lagi time tu.

oh nak ke bilik terus? eh jangan berani sgt dik. nanti kena 'cekup' khalwat

hahaahahahahahahaaha

*i'll wait. :)

mahasiswa said...

ok2..

kite jumpe kat warung " nasi goreng patayya siap!! "

flight 28, tibe msia 29.
tak sure lagi nak turun bile, dont worry aku tak ganggu waktu ko berkuliah.
sekadar nak tengok muke si genius ni.

give ur no.hp?? no.dulu aku aku hilang. balik ni kene beli baru.

:)