Thursday, October 23, 2008

Sekali dilanda bah..

Banjir di utara makin buruk.


Itu antara tajuk utama akhbar hari ini.

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun..

Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul.
Di jordan ini, setahu saya tidak pernah mengalami banjir. Bekalan air pun amatlah terhad, pastinya sukar bertemu bah melanda. Namun, Allah Maha Berkuasa, tidak mustahil boleh berlaku.
Seingat saya, hujan telah turun pada satu pagi di bulan Ramadhan. Hujan rahmat dari Tuhan. Musim sejuk yang bakal menjelang pasti menjanjikan rintik-rintik hujan di Jordan.

Alhamdulillah, di Malaysia, rumah saya tidak pernah dinaiki air kerana ketinggian rumah saya dari paras laut menyelamatkan rumah saya dari ditenggalami air berbanding rumah-rumah lain di sekitar kampung. Pernah satu ketika saya terkandas untuk keluar dari kampung akibat air yang naik menutupi jalan utama. Saya mahu ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur untuk menyertai debat 100 jam tanpa henti. Akhirnya, terpaksa
menumpang sebuah trailer, merendah banjir. Itu hanya dugaan kecil.

Ada yang hilang harta benda, rumah dan kehilangan insan tercinta. Ujian dari Allah.
Moga dengan ujian ini dapat meningkatkan keimanan.

Seputar mengenai banjir, seingat saya sekitar penghujung 2006, Selatan Semenanjung Malaysia mengalami banjir yang teruk. Alhamdulillah, pelbagai bantuan menyusul tak kira dari sudut kewangan, makanan, pakaian,ubat-ubatan dan juga perhatian.
Dalam ksibukan urusan menyalurkan bantuan, ada juga yang mengambil kesempatan.
Rumah tidak dinaiki air, turut memohon bantuan. Bila harta yang dikejar, hak orang lain terbiar.

Sama-sama doakan saudara-saudara kita yang diuji Allah ditabahkan hatinya.

2 comments:

dan said...

hmm pengalaman aku dgn banjir rasanya bila ye..tak igt thn bila..tapi waktu tu ke kuantan. agak tinggi airnye..adela paras pinggang kut. tapi itu time kecik sket, so kalau budak mungkin dah sampai dada? hmm not sure

alhamdulillah rumahku di kuala lipis ada atas bukit..insya allah selamat..moga dijauhkan dari banjir..dan yg tak bernasib baik tu moga allah datangkan kegembiraan lain..

oh debat 100 jam tu. ko brdebat sekali ye?

mahasiswa said...

yup. aku join tiga round je. tapi smpai skrg tak dapt sijil lagi.

skrg dah sejuk sikit ni. menanti salji turun memutihi bumi irbid. ;)