Wednesday, October 22, 2008

Jalan Yang Ku Lalui
















Di jalan ini,
Aku melihat manusia berjalur warna,
Suka, duka, tawa, hiba,
Menjengah masuk ke anak mata,
Lantas mengundang pelbagai rasa.

Di jalan ini,
Ku lihat si ibu tua bertemankan anaknya,
Menghuni jalanan mengharap simpati manusia,
Ku lihat juga sekeluarga berjalan megah,
Gembira hati usai berbelanja mewah.

Di jalan ini,
Ku lihat pakcik tua di persimpangan,
Menyusun puluhan kotak gula getah,
Ku lihat juga si anak muda,
Menyedut sisha merehat minda.

Di jalan ini,
Ku lihat pak cik tua mengagah upaya,
Menapak perlahan menuju rumah Allah,
Ku lihat juga ada yang menyongsang arus,
Solat di rumah mungkin pilihan mereka.

Di jalan ini,
Ku terlihat wanita purdah dihiasi malu,
Berjalan bertemankan adab muslimah,
Ku terlihat juga ramai yang ibarat tidak berbaju,
Berjalan megah tanpa rasa berdosa.

Di jalan ini,
Ku lihat kudrat pemuda si penuntut ilmu,
Menjaga pandangan mengukuh iman,
Ku lihat juga yang bertuhankan nafsu,
Pasti menoleh memerhati pergerakkan perempuan.

Ya, di jalan ini...

7 comments:

dan said...

apa pun jalan yang kau lalui, sudikah kau bawaku bersama?
mungkin menempuhnya bersama akan mengurangkan kepayahanmu :)

naqeb, cepat la hantar satu karya ke suratkhabar utusan. aku bleh tolong apa2..belum cuba belum tau!

mahasiswa said...

dengan rendah hati ingin ku mengajakmu
melalui jalanan berduri
menuju destinasi abadi :)

aku baru cuba2 berkarya, byk lg aku tak tahu bab2 ni. skrg tga menulis cerpen, puisi tak pandai sgt. hamba budak baru belajar, harap boleh berikan tunjuk ajar.

dan, ko hantarlah. aku bole rasa aura tulisan kau walau aku kt jordan ni. hantr2,jgn tak hantar.

Ainul Arina said...

salam jengah..

wah, banyak idea nampak.. kalau macam ni punya banyak ilham mengalir, bolehlah salur terus ke sayembara kali ni.. mana lah tahu ada rezeki.. cubalah nanti.. iklan dah baca kan? jom banyak2kan penyertaan dr jordan..

mahasiswa said...

wasalam.

ilham ni mengalir masa dalam kelas pharma..tibe2 je.
( moral: jgn ponteng tumpuan time lecture )

tak bace lg iklan. kat blog Glkn ke?
Anyway, syukran atas maklumat.

ManJa said...

wah..bestnyer....

Pemikir 21 said...

dapat ilham memang patut terus luahkan..kalau dipendam2 entah sampai bila baru nampak hasilanya...

Yang Berhormat, all da best in ur exam.. =p

mahasiswa said...

salam

manja,
best ke?? hehe.
nilah jalan yg dilalui setiap hari.
lagi 5 tahun kita lalui bersama. InsyaAllah.

pemikir 21,
Yang Berhormat? terasa duduk dalam dewan parlimen lak.:)