Monday, October 13, 2008

Cinta Dua Adam 3..

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun..


Terbit titisan jernih dari anak matanya. Hatinya dihurung rasa sedih bercampur redha.
Kasihnya tidak setanding tuhan yang Mencipta dan Maha Pengasih. Dialah tempat kita kembali.

Suasana sekeliling kamarnya seolah-olah bisa membaca liku rasa hatinya. Turut menangis sama. Bungkam dan suram. Tangisan itu bukan tangisan berdukacita, itu tangisan fitrah. Fitrah manusia yang tidak senang akan perpisahan, sedang pertemuan di alam yang satu itu adalah sebuah janji Tuhan buat orang-orang beriman.

Ibrahim pergi buat selama-lamanya dari dunia yang sementara menuju alam yang abadi. Mesej dari ummi Ibrahim mengungkap segalanya.

Hampir setahun syabab itu bertarung dengan brain cancer. Tidak pernah sekalipun Anwar dimaklum tentang derita yang ditanggunnya.

"Ibrahim, Kau sungguh kejam. Tergamak kau tak mahu berkongsi kesakitan kau dengan aku." monolog hati Anwar. Redha.

**************************************************************

Mentari mula mengintai alam. Kabus berlalu pergi meninggalkan jalan sekitar Universiti Yarmouk yang sepi. Pintu kedai-kedai sepanjang syari' jamiah masih terkunci. Anwar melangkah melintasi jalan, menapak kesunyian seorang diri.

Nyaman. Kebisingan dan kesibukan belum menjengah di jalan itu. Rata-rata masih tidur dibuai mimpi manusiawi dan duniawi. Langkahannya yang diiringi bacaan Mathurat diperlahan tatkala menuruni lorong menuju ke rumahnya.

" Ibrahim! ". terpacul dari mulutnya nama nabi Allah Ibrahim, nabi yang pernah cuba dibakar dan tergolong dalam kelompok rasul ulul azmi.

"Aku tidak bermimpi." hatinya menjerit.

Jubahnya diangkat, dia mula berlari mengejar kelibat itu. Hilang!

Peluh mericik di dahi, termengah-mengah dirinya menyedut udara melangsaikan hutang oksigen dari tubuhnya. Lelah.
Jiwa Anwar tampak keriangan berseli kebingungan. Ibrahim sebentar tadi di hadapan matanya.
Ya, itu Ibrahim!

"Astagfirullah".
"Bukankah dia sudah pergi menemui Ilahi?". Kewarasan akalnya menghentak keriangannya.
Dia dihuni rasa bersalah, seolah-olah dia tidak mempercayai takdir Yang Esa.

Al-Fatihah.

*******************************************************************************

Wahab bin Munabbih menceritakan tentang keegoaan seorang raja yang ingin berpergiaan dengan menaiki kenderaan. Maka diarah suruhannya mempersiagakan pakaiannya,namun ditolak kerana tidak disukainya. Lalu berkali-kali arahannya diulang sama. Akhirnya dipilih sendiri olehnya. Begitu juga dengan pemilihan kuda yang akan ditungganginya.

Kemudian muncul si Iblis datang meniupkan ke dalam rongga hidungya api kesombongan dan kemegahan. Lalu berangkatlah si raja yang bongkak bersama rombongan berkudanya. Langsung tidak dipandangnya rakyat jelata.

"Assalamualaikum." salam diberi oleh seorang lelaki yang buruk rupanya.

Si raja tidak mengendahkan lelaki itu. Kendali kenderaanya dipegang lelaki itu.

"Lepaskan kendali itu! Kau telah melakukan perbuatan yang besar."

"Aku ada keperluan denganmu."

" Sebutkan keperluanmu."

"Ini rahsia". Raja mendekatkan kepalanya.
"Aku adalah malaikat maut".

Maka berubahlah warna paras raja dan gementar lidahnya menuturkan kata.
"Biarkan aku hingga aku kembali ke rumahkudan memenuhi keperluanku serta minta diri dengan mereka".

Malaikat maut berkata: " Demi Allah,engkau tidak akan melihat keluarga dan kerajaanmu sama sekali." Kemudian nyawanya dicabut lalu rebah tubuh yang dihuni jiwa sombong itu.

*****************************************************************************

Anwar menghela nafas. Jiwanya bergetar hebat. Terkesan. Dibeleknya lagi buku itu.

5 comments:

dan said...

mencintai seorang sahabat kerana Allah, mendapat kemanisan iman.

doa seorang sahabat di belakangnya lebih cepat dimakbulkan Allah.

aku doakan kau berjaya.

*tukar tajuk cerita nampaknye*

*aku ada seorang kawan baru di intec, baru kenal satu sem je..kat cemara..sedihnya tinggal 32 hari je lagi nak berpisah dgn dia..thn depan tak jumpa dia dah.. :-( *

mahasiswa said...

syukran Dan.

tukar tajuk bg komersial ckit..hehe

saje2 menulis, melepaskan kerinduan dan cinta buat teman2.

salam cintaku buatmu teman. :)

Ainul Arina said...

salam.. sekadar menyinggah membaca.. cerpen yang agak menarik.. mungkin boleh buat karya tersendiri.. ^_^ kalau boleh dipupuk kan lebih baik.. saranan: joinlah GKLN kalau berminat-www.gkln.blogspot.com-
wadah pengumpulan penulis-penulis luar negara.. tempat lepak tulis-tulis bila idea ada, boleh kembang jadi hak karya dan sertai aktiviti2 dlam tu.. tafadhhol..

husna zahran said...

salam..

tahniah dengan kisah yang menarik ni..
jalan cerita yg bagus..dan tidak klise seperti penulis2 lain..
suka dengan cr penceritaan..
moga dpt dismbgkn cerita ni..

truskan usaha

mahasiswa said...

Wasalam.

ainul arina,
syukran atas saranan itu. InsyaAllah.

husna zahran,
syukran atas komentar. cerpen ni skdr percubaan, banyak kelompangan.
IsyaAllah akan dipostkan smbungannya.