Friday, October 10, 2008

Ku cari tenaga..

Hijrah dari zon selesa kepada memaksa, sebelum terpaksa.

Hidup dalam keadaaan selesa boleh membunuh potensi yang ada. Jiwa lumpuh. Kebolehan runtuh, akibat meletakkan diri dalam keadaan yang tiada tekanan untuk menuju kearah kecemerlangan.

Ibarat sebatang tebu, mana mungkin terhasil perahan tebu asli yang pekat andai tidak diperah dan menerima tekanan yang tinggi.


Tetapi tekanan itu harus bijak di manipulasi. Untuk menghasilkan produk yang berkualiti.



Pertengahan

Hendaklah engkau menjaga pertengahan
dalam segala urusan mu,
Kerana pertengahan itu
jalan yang paling baik menuju kejayaan,
Maka janganlah engkau berlebihan
atau kurang kerana kedua-duanya adalah tercela.

( Syair Arab )





" Apabila KEPERLUAN mengatasi KEMAMPUAN, STRES pasti berlaku "

Oleh itu, jom sama-sama kita tingkatkan kemampuan untuk memenuhi keperluan!

- menaip sekadar peringatan buat diri. Bila diri terasa lemah, ingatlah kita punya Allah. Bila diri terasa hebat ,ingatlah kita tidak memiliki apa-apa, segala-galanya milik Allah.

3 comments:

compact track loader said...

im your favorite reader here!

320 excavator said...

sure, why not!

dan said...

Sangat terkesan mendengar lagu Mestica "segalanya milikMu", album 313. Buat pengubat hati saat terasa sedih. Atau gembira.

Sedapnya air tebu tu. nampak eksklusif kaler dia..

stres..tak mampu menjalankan sesuatu yg perlu dilakukan..ya betul..

ntah sape compact truck loader dgn 320 excavator ni. huhu.

maaf.