Thursday, October 30, 2008

Setiap Sedutan Membawa Padah



Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai menunjukkan contoh kotak rokok yang bakal diguna pakai oleh semua syarikat rokok mulai Januari tahun depan pada sidang media di Putrajaya, semalam.




Saya meletakkan diri pada tempat mereka. Ya, saya cuba merasainya.
Gerun. Melihatkan pelbagai impak yang jelas dan nyata. Seribu satu penyakit boleh datang apabila diundang dengan satu permulaan. Setiap sedutan membawa padah.

Kagum atas pembaharuan yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani masalah merokok yang telah menjadi kulat tegar dalam masyarakat kita.
Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Di samping itu, peraturan mewajibkan pengeluar mencetak amaran kesihatan bergambar, maklumat kesihatan mengenai bahaya kandungan rokok dan Penyataan Larangan Jualan kepada individu di bawah usia 18 tahun pula akan berkuat kuasa mulai 1 Januari depan. Ini satu perkembangan yang baik bagi yang tidak, belum merokok dan sebaliknya.

Di Jordan,rokok bukan sekadar menjadi tabiat, tetapi boleh dikira sebagai makanan asasi sesetengah penduduk di sisi terutama lelaki. Apa yang mengujakan, kanak-kanak semuda pelajar tadika di Malaysia telah membuka meja niaga jualan rokok di sisi jalan. Mungkin kerana tuntutan hidup yang menekan dan ditambah dengan sambutan yang menggalakan.

Seandainya menyelusuri tepi jalan, tidak sah jika tidak menemui putung rokok yang bertaburan, memutihi jalanan.

Bukan niat untuk menunjukkan keburukan masyarakat Jordan, namun sekadar membenci perilaku yang kurang baik ini agar sama-sama kita hindari. Di Malaysia pun apa kurangnya, jika dijengah tandas di kebanyakan sekolah. Pasti ada.

Kempen

Tidak dinafikan kempan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan budaya masyarakat. Tidak kira positif atau negatif, apa jua kempen pasti membawa impak yang besar dalam mempengaruhi budaya dan pemikiran masyarakat. Tambahan pula, zaman kini ditunjangi dunia maya yang memusatkan maklumat di hujung jari.

Namun segala-galanya bermula dari dalam diri. Seandainya benar-benar sedar perlu berubah, tidak perlu menjadi seperti pahat dengan penukul, sekali diketul sekali jalan, jika tidak jadilah seperti tunggul. Tidak kiralah apa jua kempen sekalipun seperti kempen IKHTILAT SIFAR, selagi mana menjurus ke arah kebaikan, mari sama-sama menyokongnya dan menyuburkan dalam diri kita.

7 comments:

muhammad uwais al qorni said...

ye2,katakan tak nak kepada rokok,katakan juga tak nak kepada ikhtilat!

mahasiswa said...

ye. katakan tak nak pada kedua-duanya. ;)

dan said...

tak nak rokok. tak suka nye bau dia. tensyen2

aarggghhhh kenapa org suka merokok!?

Yin Dynasty said...

wah perkembangan yg baik!
amaran bergambar lg efektif dr tulisan...

haha...but just imagine, I think they'll still get hold of the box and simply change the casing. they can buy the cigar casing rite?

I think that picture should be on the cigar wrap itself, in case they fell a lil creative. XD

mahasiswa said...

dan,
kenape ye..huhu

yin dynasty,
menarik idea tu. :)

apai said...

buang duit ja..apa susah tayah jual terus rokok kan senang. kurang aliran duit ke yahudi, jimat dakwat printer nak print gambar2 tu.

mahasiswa said...

Apai,
betul tu.
tapi ni dah ade ckit perubahan pun oklah.
tu yang penting bile orang yang faham agama menjadi pemimpin.