Friday, October 31, 2008

Doktor ibarat lembu?

"Kenapa korang nak amik medik? Bagi aku keje doktor ni macam 'lembu' tau." soal dan jelas seorang doktor kepada kami berdua.

Saya dan seorang sahabat saya, Izwan yang kini sedang membuat persedian melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke India hanya menelan air liur mendengar kenyataannya.

Ketika itu, kami sedang mengikuti program perdedahan kerjaya seorang doktor anjuran JPA pada tahun lepas. Di dalam bilik kecil yang dikhaskan untuk temujanji pesakit ortopedik bersama doktor, kami berbual-bual bersama doktor Melayu tersebut.

Bersungguh-sungguh dia menerangkan kesusahan bertugas menjadi seorang doktor, dengan gaji yang tidak seberapa dan kepadatan masa bekerja terutama ketika bertugas sebagai doktor pelatih. Tidak cukup dengan itu, dia mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen, membuat kira-kira kewangannya. Ditolak segala keperluan dan bebanan, yang tinggal hanyalah tidak sebanyak mana. Kami teruja dan sedikit berbolak-balik.

"Tengok ni." Dia mengeluarkan segugus kunci, salah satunya memiliki lambang Perodua. Dia berkata dia hanya mampu memandu Kancil.

"Kancil kan jimat minyaknya, baguslah."desis hati kecil saya.

"Nah, tengok ni, siap ade selotape lagi . Tengok korang punya, siap colour skrin lagi.". dia menunjukkan handphonenya yang terdapat sedikit tampalan pada casing, berjimat agaknya.

Kami berdua tersenyum simpul.
"Ada juga doktor macam ni." minda ligat berfikir seketika.

Izwan mengalih perbualan kami ke arah doktor Cina yang sedang memeriksa seorang pesakit.

"Doktor, you memang nak jadi doktor ke? ". Izwan bertanya.

"Ya, mestila. Dari sekolah lagi nak jadi doktor."jawabnya dengan penuh yakin sambil senyuman terukir di wajahnya. Dia melayan pesakitnya dengan mesra. Kagum.

Setelah berbasa-basi kami melangkah meninggalkan bilik itu dan melangkah menuju ke tandas.
Sambil membasuh muka, kami berdua mula berbicara tentang kedua-dua doktor tadi.

Berbicara untuk menguatkankan hati kerana jalan yang dipilih bukan untuk setahun dua, tapi melibatkan penyempurnaan tugas sebagai khalifah di bumi ini.

"Doktor tadi nak uji kita je kut." kami berbaik sangka. Namun, sesetengah yang disebut olehnya adalah realiti kehidupan seorang doktor yang memerlukan pengorbanan yang besar. Kami sedar dan tahu.

Ya, kami perlu kuatkan hati bahawa inilah jalan yang dipilih, dan perlu buat sehabis baik.

Menjadi seorang doktor bukanlah matlamat, tapi adalah wasilah untuk mencapai matlamat yang jelas dan nyata, mencari redha Yang Maha Esa.

-Mohon doakan saya dan sahabat-sahabat saya menghadapi peperiksaan Pharmacology pada hari esok . Moga Allah menthabatkan hati kita di jalan-Nya.

4 comments:

dan said...

emm. kes ni disebut dlm ceramah ustaz hasrizal hr tu...kisah 3 pekerja yg tgh plaster simen kat dinding sebuah rumah..bila tny pekerja pertama:

"tgh buat ape tu?" (ayat berbudi orang kita wpun kita nmpak ape yg dia buat) pastu dia jwb dgn muka marah, "buta? tak nampak ke?"

pergi ke dinding belah lain, tny pkrja no.2: "tgh buat ape tu?" dan dgn senyuman dan wajah ceria, dia jwb: "tgh sign cek saya ni" waah, dah tak sabar nak dapat gaji nmpknye..

ke dinding sebelah lain, jumpa pekerja ke3 yg bukn stkt ceria, siap menyanyi dan bersiul2 gembira..kita trkejut a tgk kan. pastu tny la, knp gembira sgt ni bang? "takdela, sy tgh plaster simen ni, dah trbyg2, dkt bilik ni, anak2 dia main, bapak dia pulak buat kerja kat bilik ni, mak dia pulak masak kat dapur...seronok la bang dpt bygkan org gembira dpt rumah baru sume.."

perbezaan yg ketara.

pkrja no 1: langsung tak ikhlas. buat keje sb trpaksa.

pkrja no.2: ada matlamat dlm kerja, nak gaji.

pkrja 3: matlamat yg besar, wpun hny plaster simen dia ttp rasakan yg dia menyumbang sesuatu yg besar pada masyarakat..

keikhlasan sgt susah nk dpt...moga kita jadi mukhlisin. (tak kata la doc yg 1st tadi tu xikhlas..dia saje je kot nak buli korang..haha)

slmt dlm pharma!

mahasiswa said...

dan,
Thanks atas cerita tu.
Moga kita menjadi yang ketiga.

Ainul Arina Madhiah said...

fuh, cara psyco yang tajam..

tapi best gak apa jadi lembu, bleh masuk syurga awal.... tak yah kena soal apa2...

mahasiswa said...

kalau jadi lembu, kena sembelih lah raye haji depan.

mari sama-sama menjalankan tugas sebagai manusia bertaraf hamba dengn amanah. ;)