Friday, October 24, 2008

Tinta

Tinta.

Tinta ini bertemankan pena,
Melukis garisan pemisah,
Dari realiti dan fana,
Merakam halusinasi manusia,
Melukis gelita jaya.

Lakaran seorang hamba,
Cacat cela berseli lumrah,
Mencari kesempurnaan dalam kehinaan,
Merakam ruang legar,
Pejalan hidup hamba.

Ku pegang pena ini,
Segenggam azam di sanubari,
Mencoret kebenaran yang semakin sirna,
Akibat kebatilan yang dipuja,
Oleh si pecinta dunia.

-menulis sambil merehatkan minda yang tepu dengan enzymes. Genetic bakal menjelma lusa.

2 comments:

dan said...

wah3. suka part 'merakam ruang legar pejalan hidup hamba'...

'melukis gelita jaya'? apa maksudnya tu ye?

all the best for your exams..

mahasiswa said...

melukis gelita jaya..hmmm
menyaksikan sesuatu yang sebnarnya kebatilan dan keburukan, tapi dipuja dan dianggap kebaikan dan kesenangan. susah nak explain..huhu

syukran