Sunday, May 3, 2009

KARISMA 09 Melabuhkan Tirainya

Alhamdulillah.

Saya selamat pulang dari mantiqah Mu'tah bersama kotinjen Irbid setelah dua hari berkampung di sana. Kejohanan KARISMA kali ini membawa satu lensa potret baru dalam penganjuran program MPPM yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Pelaksana dan semua pihak yang terlibat menjayakan KARISMA 09 : Saya Datang Kerana Ukhuwah.


Alhamdulillah. 5 emas, 3 perak, 4 gangsa. Itulah pencapaian atlit-atlit PERMAI yang cukup membanggakan sekaligus meletakkan PERMAI di kedudukan tertinggi dari aspek kutipan pingat. Saya kagum dengan semangat yang ditujukkan sedari awal latihan di Irbid hingga turun di medan sebenar.

Meskipun skuad bola sepak gagal untuk meraih emas, pencapaian perak dan gangsa cukup membanggakan, peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun lepas. Banyak yang saya peroleh sepanjang perlawanan bola sepak. Kerjasama sepasukan, taat pada arahan, akur akan kesilapan dan saling meberi galakan.


Saat yang paling mendebarkan adalah sewaktu penentuan tempat ketiga dan keempat menentang team Sarawak ( Amman ) melalui sepakan penalti, Sungguh dramatis. Alahmdulillah, akhirnya team kami mencatat sejarah sebagai second team irbid yang berjaya merangkul pingat gangsa. Terima kasih buat senior-senior yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar . Moga tahun hadapan Piala Duta akan berjaya dibawa pulang ke Irbid.

Saya Datang Kerana Ukhuwah

Hasil perbualan saya dengan beberapa orang rakan, saya dapat rumuskan layanan tuan rumah kali ini sangat mengharukan. Tahniah.

Contohnya, saya dan beberapa orang rakan menginap di rumah Timbalan Pengarah KARISMA, meskipun beliau sibuk dengan tugasan, kami tetap dilayan dengan penuh mesra, dijamu dengan masakan makan malam, ditambah dengan urutan tradisional buat yang kekejangan. Terima kasih saya hulurkan buat semua warga Mu'tah.

Saya pernah tertanya-tanya, mampukah program sukan yang mempertembungkan beberapa mantiqah dalam banyak acara berjaya mengerat ukhuwah. Masa sudahlah dua hari sahaja, ditambah dengan perselisihan di padang dan pemisahan tempat tinggal mengikut mantiqah. Bagaimana ukhuwah yang dilaung mampu terbina?

Hakikatnya, KARISMA hanya sebahagian flatform untuk mengumpulkan sejumlah besar mahasiswa se-Jordan dari semua mantiqah, ukhuwah yang terjalin untuk pucuk pangkalnya terletak pada batang tubuh kita sendiri. Sejauh mana kita cuba menjalinkan mahabbah, atau kita hanya mengejar pingat yang sebenarnya tiada nilai harga jika perseteruan yang tercipta dek semata-mata merebutnya.

Ukhuwah itu bukan seperti t-shirt KARISMA, setiap peserta akan memilikinya, diagihkan kepada seorang demi seorang. Ukhuwah itu laksana sagu, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan bisa kita perolehnya.

Akhir kalam , tahniah buat semua. :)

Persembahan silat yang mantap dan mendebarkan. siap berparang lagi. :)

2 comments:

c's said...

teringat perubatan's sports day.. we gathered 800 students from all over egypt.. cabaran pengurusan bila banyak sangat orang nih memang tak boleh nak kata..

btw, lambakan pelajar perubatan di mesir.. yang kini mencecah 2000 ++ dan jumlah ini dijangka meningkat sekali ganda tahun ini.. n soal program untuk kumpulkan semua sekali memang masalah.. apatah lagi isu kesatuan.. ini yang sangat cemburu dengan orang di jordan.. isk~

Naqeb Sulaiman said...

cemburu?? :)

Mahasiswa jordan pun semakin meningkat dengan mendadak.

ye, memang cabaran pasti ada.
itu pentingnya sebuah kesatuan, bukan persatuan semata-mata.