Wednesday, December 3, 2008

Debat













Kolej Islam Sultan Alam Shah yang memperkenalkan saya dengan dunia perdebatan. Separuh masa saya di kolej itu diisi bersama family debat. Kami dibimbing oleh guru yang ibarat ibu buat kami. Melalui debat saya dapat mengenali senior-senior yang jauh lebih tua dari saya, seingat saya senior debat mulai tahun 2001 sehinggalah generasi tahun ini.

Saya bukanlah seorang yang melakarkan kejayaan gemilang dalam dunia debat berbanding dengan senior-sebior saya yang lain. Diumumkan sebagai pendebat ke-6 terbaik Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran UIAM dan Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi kenangan manis untuk dikenang. Kegagalan di suku akhir Piala Perdana Menteri memang mengeecewakan, namun menang dan kalah adat pertandingan.

Minat dan kerjaya

Bila saya teliti kebanyakan ahli family debat kami, kebanyakannya mengambil jurusan perubatan berbanding jurusan lain, hatta saya sendiri. Ahli debat sebatch saya yang mengambil bidang perubatan sahaja sudah berjumlah 5 orang. Saya pernah terfikir untuk menyambung pelajaran ke bidang perundangan, namun akhirnya bidang yang melibatkan nyawa ini juga yang saya ceburi. Saya pernah rasakan saya tidak boleh berpisah dari dunia debat. Akhirnya saya membawa diri ke sini ( macam putus cinta.. :) )

Saya fikir saya tidak akan ketemui lagi debat apabila menjejakkan kaki di sini. Namun sangkaan saya meleset, saya kembali bertemu dengannya dalam slot debat sempena Minggu Haluan Siswa Sejordan.

Dan kini, di bumi PERMAI ini, Debat Piala Presiden PERMAI 2008 kembali menjengah bumi Irbid. Sekurang-kurangya mengubati rindu pada dunia yang melatih hamba kerdil ini berani untuk berbicara dan bersuara.

Apalagi yang ditunggu, jom semua warga PERMAI kita memeriahkan Debat Piala Presiden PERMAI 2008. Jom!!!

6 comments:

dan said...

wahaa dah tukar nama blog..tahniah.

debat? sebenarnya tak pernah dgr ko berdebat...seingat aku la. kalau pernah pun terlupa kot huhu. lama tak dgr suara ye naqeb. rindu ngeh3.

masuk debat eh? moga berjaya la ya.

*aku tak berani berdebat...darah gemuruh la katakan (oh ada tragedi pernah berlaku)*

mahasiswa said...

tukar ats cadanga ko..testing2..hehe

tak tau masuk lg ke tak.:)

tragedi apa tu dan??

dan said...

nak tau ke? tak payah la..haha takde ah tipu je

aku memang darah gemuruh la. tapi hari tu ada orang malukan aku..kena paksa bercakap kat depan..pastu sume cam sorak2 "ala bolehnye.."pastu sorak2 namaku..waa..segannye..tapi aku nekad tak mahu keluar ke dpn utk bercakap..yess berjaya gak..tapi malu gile..huhu

emo je lebih keh3

pelajar said...

saya peminat anda
anda memg pendebat dan cikgu debat yang hebat
cuma anda perlu baik sedikit.

mahasiswa said...

maksudnye sy ni jahat sedikit ye?? :)
terima kasih atas teguran.

c's radin said...

wondering siapakah 'pelajar'

=P

btw, lima org tuh, naqeb, farid, tiqah, rdin, syafiq ke?

=)

campur ler dgn afiq, ihsan dll..

campur lagi dengan azzam, muhammad..

juga azim yg turut bercita-cita nak ambik medik..

=P

selamat xm!~