Friday, December 12, 2008

Tidak Terungkap Dengan Bicara



















Alhamdulillah.

Perasaan yang tidak terungkap dengan bicara usai ADHA berjaya dipentaskan.
Segala keletihan dan kelelahan saya terubat dan hilang usai teater sulong PERMAI melabuhkan tirai pementasan sempena Majlis Jom Korban.

Saya merasai pelbagai pengalaman sepanjang menjadi pengarah Jom Korban.
Suka duka, pahit maung akhirnya bertukar kepada sesuatu perasaan yang tidak terluah.

Pernah satu masa saya hampir ingin duduk terjatuh apabila menerima khabar dari Malaysia tentang kesihatan ayah saya. Ingin sahaja saya terbang melayang menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah lantas memeluk tubuh ayah yang dirindui.

Alhamdulillah, Allah beri saya kekekuatan untuk menerima khabar itu. Dia yang Maha Meyembuh dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Doakan saya dan keluarga, terutama ayah dan emak saya cekal mengaharungi ujian yang Allah datangkan buat keluarga kami.

Terlalu banyak yang saya belajar sepanjang perjalanan program mulai bulan lepas.
Pengalaman meyembelih seekor kambing satu pengalaman yang baru dan memberi kesan.
Pengalaman berkampung dan berlatih bersama skuad teater di bangunan teater yang dibina pada abad ke-2 selepas Masihi sambil disaksikan pelancong-pelancong di Ummu Qais bersama skuad teater dari awal pagi hinggalah ke petang. Saya akan rindukan suasana itu.

Di kesempatan ini saya ingin menujukan ucapan khas jutaan terima kasih kepada :

- Timbalan Pengarah dan Semua AJK pelaksana Majlis Jom Korban
- Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Helwi dan semua AMM PERMAI sesi 2008/2009
- Badan-badan Kebajikan Anak Negeri yang terlibat ( BKPJJ,BKASJ,MSSJ,MPKJ dan BKAPJ)
- Saudara Ikhwan Subberi ( Pengarah teater, individu yang banyak berdampaing dengan saya sepanjang urusan korban di kedai mahupun di ladang ), Hilal Asyraf ( penulis skrip teater dan penyajak ), para pelakon yang berlatih hingga berkampung di Ummu Qais ( respect dengan kamu semua :) ), pasukan nasyid, percussion, pelukis latar dan
penyusun prop dan semua yang terlibat dalam menjayakan teater ADHA.
-sahabat-sahabat saya yang banyak membantu terutamanya ..terlalu ramai untuk disebut namanya. :)
-dan kepada semua ahli PERMAI yang menjayakan Majlis Jom Korban PERMAI.

Saya mohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang keterlibatan saya dalam program kali ini.

Moga Allah rahmati kalian semua.

-doakan kami yang akan menghadapi peperikasaan Microbiologi esok ya, :)
-sebarang maklum balas tentang teater amat dialukan untuk membaiki segala kelemahan dan kekurangan

10 comments:

Khaulah_tsabit said...

Assalamu3laikumwbt.

al7amdulillah,selesai sudah..cuma sikit2 kerja berbaki.


1) semoga ayah anda cepat sembuh..Ameen.

2) gud luck utk xm Microb esok..insyaAllah,Allah ma3ak.

3) teater 2 mmg best,al7amdulillah,penat lelah terbayar dgn hasil teater yg rata2 komen yg diterima adlh m'berangsangkan.

4) klu ada ssp yg rakam teater 2 dr awl-akhir,boleh x post kt blog ni? --simpan buat kenangan--

5) terima kasih byk2 atas segala usaha & penat lelah yg telah dilaburkan utk JOM KORBAN ini..
Syukran.


Wslmwbt.

dan said...

salam naqeb!

pengarah rupanya, patutla, posting d blog pasal permai dan jom korban aje kblkngan ni :)

teringin tgk naqeb menyembelih, melapah, mengarah, bertakbir (hehe)...makan, melantak, ngeh3~

smg ayah sihat ye naqeb. bnyk2 berdoa, dan yakin Allah akan makbulkan. insya Allah diperkenan.

slmt exam..do ur best ya.

mahasiswa said...

wasalam.

khaulah_tsabit
syukran. InsyaAllah, nanti akan diupload dalam youtube.

dan,
syukran. hehe..blog ni jadi blog program buat sementara waktu. :)

Anonymous said...

asalamualaikum..
TAHNIAH alf mubarok wat anta!
mmg hebat dan berkesan...
teruskan usaha..i.allah berjaya

Anonymous said...

asalamualaikum..
TAHNIAH alf mubarok wat anta!
mmg hebat dan berkesan...
teruskan usaha..i.allah berjaya

أفيق فواز بن أحمد صالح said...

tahniah kepada semua yg menjayakan pementasan teater ADHA...

saya doakan moga ayah anda sehat..

mahasiswa said...

wasalam,
anonymous dan fawwaz.

syukran. :)

Anonymous said...

salam alaik..
didoakan ayah anda sehat..
berada dlm jagaan ALLAH..
InsyaALLAH..
didoakan juga moga ibu,anda dan sume adik beradik anda kuat dan tabah..moga ALLAH berkati hidup kalian..

Hilal Asyraf said...

salam naqeb...

terima kasih banyak2...

semoga ALLAH sembuhkan ayah nta

mahasiswa said...

wasalam.

syukran, sahabat2 ku.
Moga Allah rahmati kalian.