Sunday, December 28, 2008

Menangislah














Menangislah wahai hati,
Melihat saudaramu terbujur kaku,
Suara tenggelam dalam ledakan peluru,
Darah melimpah mengalir sayu,
Sungai tangisan yang deras menderu,
Rumah batu hancur seribu,
Musnah punah terus diburu,
Menangislah dalam doamu.

Bangkitlah wahai jiwa,
Melihat ayah,ibu, adik-adikmu merana,
Musuh mentertawa gempita,
Memijak,meludah maruah ummah,
Sedang masih ramai di luar terlena,
Menghayun kepala,alpa segala,
Bersilang kaki, meneguk kopi,
Dalam derita jiwa mereka,
Dikepung hati batu manusia,
Maka bangkitlah wahai pemuda.

Hijrahlah wahai diri,
Memang bukan tubuhmu dirobek,
Bukan nafasmu disekat hebat,
Kau masih sihat tidak melarat,
Bisa tersenyum mengepal mimpi,
Namu apa guna kau mengaku seaqidah,
Andai katamu dusta, perimu helah,
Hijrahlah menuju rasa itu,
Agar bisa menjadi pembela mereka!!

5 comments:

Khaulah_tsabit said...

):

--terfikir-fikir apa yang mampu disumbangkan--

):

mahasiswa said...

memang kite tidak boleh menyumbang secara direct.

Sekurang-kurangnye same kita berdoa.
Doa itu senjata kita sebagai mukmin.

Salam hijrah, moga Islam terbela.

Khaulah_tsabit said...

InsyaAllah.

Janji Allah itu pasti. Cuma kita sbg makhluk terhijab dari mengetahui, BILA..

cik santun.. said...

boikot laaaa.... khaulah dan saudara mahasiswa, sile jgn pakai nokia... kalo pakai nokia, buang skrg...

Khaulah_tsabit said...

Assalamu3laikumwbt

cik santun
tapikan,kalau seseorang tu dah beli,dan duit tu kiranya dah sampai pun kpd 'pihak' tersebut,jadi...adakah kalau kita tukar h/p skrg kpd selain nokia akan berkesan sedangkan duit tu dah sampai pun? ke macam mana yea?