Wednesday, December 17, 2008

Pasangan Hidup









Dalam usia meniti dewasa, saya yakin ramai yang sudah mula memikirkan soal pasangan hidup. Apatahlah lagi bagi mereka yang terkena tempias musim perkahwinan semasa belajar. Ada yang sudah mula meminati tafaquh munakahat, ada yang sudah menggenggam Aku Terima Nikahnya, di rak buku sudah tersusun Men Are From Mars Women Are From Venus. Tidak cukup dengan itu, ramai yang sudah khatam berkali Ayat-ayat Cinta dan dua jilid Ketika Cinta Bertasbih. Buku-buku panduan menuju ke mahligai perkahwinan menjadi santapan mata dan jiwa.

Ketika ini saya dalam fatrah memikirkan soal pasangan hidup. Pasangan hidup yang semakin mendekati saya dalam tidak disedari. Mendekati, memasuki jiwa dan sanubari. Anugerah dari Ilahi.

Ujian.

Itulah pasangan yang sukar dan tidak bisa dipisahkan dari sebuah kehidupan.
Mana tidaknya, bukanlah dinamakan kehidupan andai tidak diwarnai dengan ujian.
Dan kini baru saya merasakan ujian itu benar-benar menjadi pasangan hidup manusia.
Tidak kira dalam keadaan kita senang dan susah, tetap terselit ujian di mana-mana.

Ujian mematangkan kehidupan


Mendengarkan kisah-kisah para Anbiya dan sahabat semasa introspeksi iman cukup membuatkan diri terasa sungguh kerdil. Kisah Bilal yang diseksa kerana mempertahankan aqidah sepatutnya menjadikan suntikan untuk mempertahankan agama.

Kisah Nabi Nuh yang terus berdakwah beratus-ratus tahun walaupun ramai yang menolaknya seharusnya menjadi tujahan buat kita agar tidak mudah mengatakan lemah untuk menyeru manusia alpa ke jalan Allah.

Satu petikan dialog dari teater ADHA yang menyentuh rasa :

Apa yang nta katakan ni, kita yang membesar di negara ini sudah matang melebihi usia. Hasil tarbiyah derita dan air mata. Bukan seperti remaja di negara aman. Sudah berumur hampir 30-an pun, masih berperangai seperti anak-anak kecil.

Perbandingan yang memalukan

Kita sewajarnya malu andai kita mengatakan kita berasa putus asa kerana tidak punya waktu dan sibuk dengan jadual peperiksaan yang berturutan. Ujian yang menyesakkan kehidupan.

Walhal,anak-anak kecil di negara-negara tertindas tidak punya waktu untuk merasai duduk di bangku ilmu, mereka ditarbiyah dengan linangan air mata dan tumpahan darah.
Pasangan hidup mereka adalah kematian ibu, ayah dan saudara.



Kita seharusnya merasa malu jika kita memilih teman hidup hiburan yang kian bermaharajalela. Apatah lagi semasa musim sejuk ini, duduk di bawah selimut tebal bertemankan secawan kopi panas lalu jari jemari ligat mengawal pergerakan animasi yang melalaikan.

Walhal, anak-anak seusia kita kesejukan lantaran hidup di khemah perlarian. Batu-batu kecil untuk dilontarkan ke kereta kebal si zalim menjadi bahan mainan mereka.



Kita menonton animasi, mereka menyaksikan tragedi.
Kita rebah di ujian kuliah, mereka bangkit di ujian berdarah.

Saya menulis sekadar untuk memperingatkan diri yang terasa berat bila diuji. Ujian itu tanda kasih-Nya. Pasangan bagi kehidupan untuk sebuah kematangan dalam perjuangan.

'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian).'– (Surah al-Ankabuut ;2)

Sedarlah kalian, kamu sedang diuji.

4 comments:

Khaulah_tsabit said...

Assalamu3laikumwbt.

tajuk kontroversi :)
@ terkena symptom2 dari Sr.Amir & K. Zayy?
xdela,faham dgn maksud entry ni, & fhm dgn apa yg cuba disampaikan..

manisnya iman,bila Allah uji kita.

--When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The Strong--


”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.” -Imam Ghazali.


Kuatkan hati,kuatkan semangat,yakin dgn janji Allah.

Wslmwbt.

dan said...

alhamdulillah, kita diuji.

eh..tajuknya pasangan hidup? dah ada calon?

aku doakan moga cepatla ko kahwin..kalau dah ada, jangan lama2!

kehkehkehkeh (gelak kejam?)

mahasiswa said...

Wasalam.
Khaulah_tsabit.
Symptom2??
Symptom dah berjaya dikurangkan dengan jutaan drug yang ade dalam silibus pharma. :)

syukran atas pesanan2.

Dan,
Amin. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Aku doakan kau gak.. ( hehe..gelak baik ni ) :)

Anonymous said...

~bila ditanya kenapa ujian itu pahit?..
jawabnya kerana syurga itu manis~