Thursday, March 26, 2009

Kau Jantungku


Hati.
Ramai yang berbicara soal hati.
Jatuh hati, lalu mandi tak basah tidur tak lena.
Sakit hati, seperti mahu menampar-nampar muka yang dibenci berkali-kali.
" Ee...sakit hati aku dibuatnya. !!!! ".
Alahai.
Kecil hati, bila ada yang menegur dengan tona yang sedikit lain dari biasa, mulalah mulut muncung berjela, muka berpaling 360 darjah.

Warna hidup kita memang terasa dekat yang amat sangat dengan gabungan bilah huruf ini.
" HATI "

Lalu, aku rasa aku mahu bicara soal jantung pula. Alkisah, Cardio Vascular System kini ku hadap dalam sebulan yang mendatang.

Jantung itu bagaimana pula dengan budaya masyarakat kita??

Kecil jantung, jatuh jantung ?? Pelik bunyinya.

Sakit jantung. Ha, yang ini ada dan semakin kerap melanda selepas zaman pascamerdeka.
Almaklumlah, ulam-ulaman dan ubi kayu bukanlah jadi santapan utama di gerai-gerai ibu kota.

Jantung, Aku dan Kau

Organ ini setia sepanjang masa, terus berdegup. Dup..dup..dup
Tidak kira masa, saat kau tidur lena hingga terlajak subuh gajah, ketawa melihat telatah pelawak yang entah apa-apa, melakukan dosa yang sering diulang-ulang meski berjanji meninggalkannya, ia tetap mejalankan kerja tanpa merungut atau meminta.
Mengepam darah agar seluruh anggota kau segar bugar.

Lalu bagaimana dengan kita yang juga ada fungsinya?

Jadi manusia yang berakal apalah gunanya andainya akal itu ditinggal bersepah-sepah di jalan dan sisi lorong haiwan ternakan.
Kerja bertimbunan, tangguh jadi pilihan hingga memberi kesan kepada komuniti di sekeliling yang nyata saling memerlukan.

Andai jantung itu sifatnya bertangguh seperti kita..

Kepala : Jantung, cepatlah sikit! Aku dah lemas ni.
Jantung : Ala, rilekslah. Masa banyak lagi.

Tut............... Mati.

Jantung itu aku letakkan persisnya pada kitar hidup kita.
Bagaimana?

Jantung itu adalah kita ditengah memusat, dihubungkan oleh salur darah, arteri, vena, kapilari ke anggota seluruhnya.
Ada ransangan untuk berdegup kencang, boleh jadi kurang denyutan.
Menerima darah dari peparu, lalu diberi sebaik mungkin kepada rakan anggota.

Manusia juga begitu jalurnya.
Menerima dan memberi itu memberi erti, biarpun ada yang membenci.
Wajarkah diputuskan salur darah yang mengikat kau dan si dia yang membenci semata-mata untuk memuaskan hati yang sekelumit cuma.
Bukankah lebih bijak jika memberi itu mengikut kadarnya.
Jika dia kesejukan, kau alirkan sebanyak mana darah, jika panas, lakukan sebaliknya.

Jika penat, cukup sekadar rehat. Namun bukan berhenti dari memainkan fungsi.

Aku mahu jadi si jantung hati, buat si dia yang sudi memberi dan menerima diriku ini. ( jiwang pulak ayat ini. ke tak ? : )

Jantung oh jantung. :)

- sakit jantung melihat keputusan perhimpunan
- sakit jantung naik pesawat picisan di bawah ini

6 comments:

[MH] said...

entry ni mesti kerana penangan belajar CVS kan?
smlm tiqah ada call,seronok katanya sbb nk mula belajar CVS.. Ainul pon sama,duk bercerita dlm blognya

aish,budak-budak Jordan..

:)

kata-kata hikmah 'Think like a man,act like a woman' itu kami baru belajar tadi. kata pensyarah,untuk menjadi seorang doktor yang baik,berfikirlah secara rasional seperti seorang lelaki,tetapi peraktikkan atau 'act' like a woman.

gabungan yang menarik kan?

btw,salam ziarah Naqeb. pemilik blog FTI berbesar hati menerima kunjungan kamu

satu lagi,tahniah kerana berjaya memenangi pertandingan sajak sempena maulidurrasul hari tu(mmg lewat ucap tahniah ni)

cik santun said...

ha ah la..

jantung sangat setia.. patuh je.. sentiase berdegup.. kita tidur pun, jantung tetap main peranan.. bantu yg lain meneruskan perjuangan..

kalau jantung berhenti berdegup, habislah juga yg lain..
sangat patuh dengan Allah.. manusia buat maksiat pun, tetap terus berdegup..

entri yang penuh keinsafan.. time kaseh..

Ain Mardhiah said...

brain death boleh terjadi walaupun jantung masih berfungsi, maka waktu itu euthanasia dibenarkan..

btw, selamat cari penerima jantung ~

farieha said...

manarik la entry ni..x sangka ye..hebat btol ciptaan ALLAH ni!

Naqeb Sulaiman said...

fathiyyah:
yup, cvs memang mengujakan.
( biaselah, minggu pertama. :)

lelaki rasional ek, perempuan emosional ke?? :)

pimilik MRP pun berbesar hati menerima kunjungan kamu.

syukran.

cik santun :

kalau jantung berhenti berdegup,
tak dapat cik santun memblogging lagi.
moga kita hargai pinjaman nyawa ini.

Naqeb Sulaiman said...

ainul arina madhiah:

Bicara soal euthanasia,
rase kurang sangat bab ilmu fiqh perubatan. sama2 kite mahirkan.
penerima jantung?
saya persediakan diri jadi penderma dahulu.~

faryha:
Moga kita yang juga ciptaan Allah menjadi hebat dalam menjalankan fungsi dan matlamat penciptaan kita.