Saturday, March 14, 2009

Timur Tengah Baguskah??


Dua hari sudah berlalu buat adik-adik penganggur yang sabar menunggu.
Keputusan sudah di tangan lalu ke mana langkah tuju seterusnya dihalakan. Sudah ada perancangan, atau masih lagi dalam dilema bayangan.

Alhamdulillah. Mendengar khabar berita dari maya, kolej yang sudah lebih dua tahun jasad aku tinggalkannya menduduki tangga kedua dalam kalangan SBP dengan gred purata 1.68. Syabas diucapkan buat semua.

Lalu dengan belasan A1 ditangan itu , mahu dijadikan batu loncatan ke medan mana?

Terbang ke Timur Tengah lalu menambahkan muka-muka ex-kisas di sini sana?
Sabar berpersiapan setahun setengah untuk menjejak Eropah?
Menghirup udara ilmu di tanah tercinta?
Meneruskan pengajian di bumi waqafan untuk dua tahun seterusnya?

Menghitung-hitung hari yang menanti, keputusan itu harus bijak diteliti. Masa itu bersifat datang dan pergi, manusia itu sifatnya bukan statik berdiri.

Timur Tengah baguskah??

Aku tidak pernah berjejak di tanah Amerika, Jerman, Perancis, Jepun dan lain-lain lagi.
Lalu aku kira selayaknya aku bermonolog dengan batang tubuh sendiri yang hampir dua tahun berpeleseran di bumi anbiya' ini.

Saat aku mulai meluah rasa mahu menyambung ke Timur Tengah, nenek merupakan insan paling gembira. Belum ada dalam sejarah keturunannya terbang ke mari. Semuanya memilih untuk ke Ireland dan London.

" Balik nanti jadi Ustaz ya. " pesan nenek yang mengharap.

.......... Diam.......................

Ya, memang tidak dapat disangkal bumi Kinanah ini penuh berkat, banyak mutiara ( istilah bumi waqafan ) yang boleh dikutip. Bumi lahirnya para nabi dan sahabat yang berjuang menegakkan agama Allah. Kisah Ashabul Kahfi , lambang pemuda imannya yang tinggi.

Itu sirah yang kita tidak lupa, namun berapa ramai mahu mencontohinya??

Eh!

Jangan buat-buat lupa, di tanah ini juga ada tempat yang mana penduduknya dilaknat oleh Allah.
Laut Mati, kisah kaum nabi Luth yang berperilaku jijik di luar tabii.
Kisah kota Petra , lambang kemusnahan atas bongkaknya manusia-manusia yang derhaka.

Merungut!

Ramai yang merungut sikap masyarakat Arab yang kurang disenangi, kasar, confirm lewat kalau berjanji, sepuluh minit itu satu jam hakikatnya, pengotor, kuat merokok.

Lalu, apa gunanya kalau hijrah ke mari jika sikap Melayu yang tidak kurang jengkelnya masih dikekalkan, malah menambah gaya hidup jahiliyah yang meloyakan. Gelanggang kawan sejantina dan bukan disama ratakan, budaya ilmu dikatakan klise, hidup dalam ruang yang dicipta dengan imaginasi dan khayalan.

Owh. Aku berkira-kira sesiapa yang tidak mengambil peluang mengaut segala ilmu dan pengalaman berguna di sini ibarat kera dapat bunga. Diberi mawar harum yang elok, di buang tangkainya satu persatu hingga jadi abu.
Lagak ibarat ayam yang dihadapannya sebukit gandum, bongkak untuk memagut, melarikan diri mencari najis hanyut.

Tempat itu hanya menyedia, yang memilih itu adalah kita.
Ingin mengikut jejak Nabi, atau menyimpang ke gaung sunyi.

Wahai aku,
di mana jasad berada sekalipun, kalau jiwa itu tidak mencari apa yang seharusnya diisi sebermula pengembaraan ini, lebih baik duduk di kampung menolong ibu dapur memotong cili dan bawang untuk sarapan perut sendiri.


dulu..nak tido pun tak selesa :)


sekarang..fuhhh..


- sekadar monolog diri
- kalau hujung tahun ni bertambah lagi ahli, bumi Irbid semakin ramai..lalu..

7 comments:

cik santun said...

lalu.. lalu apa??

balik nnti jadi ustaz ye.. ameen..

Naqeb Sulaiman said...

lalu..tunggu dan lihat apa ceritanya.

amin.

Anonymous said...

aku terselak buku 'siri motivasi cemerlang upsr'.

buku lama 2001 dulu.

.

target jangka masa pendek-
5A upsr.
alhamdulillah.

.

target sederhana-
SMAP Labu
alhamdulillah.dah lepas pun.

.

target masa panjang-
Mesir . bumi anbiya'..

.
.

hurm.
hati masih kemaruk mahu ke negeri-negeri timur tengah sana.

moga jalan ini masih betul, buat masa ini.

.

Anonymous said...

k.a.g.u.m dengan dewan kuliyah sekarang..

Naqeb Sulaiman said...

novaadila,
moga dipermudahkan Allah dalam menjejak jalan ilmu.
Mungkin bukan sekarang,akan datg masih ada dengn izin-Nya.
tak bermana sudah mengaut di satu tempat, maka tidak perlu ke destinasi lain.
Dia tahu apa yg terbaik buat hamba-Nya.
Bittaufiq.

al-huda,
saya kagum gak. dah lame tak menjenguk dewan tempat berceloteh dulu kala. :)

Dr Zahau said...

salam ziarah..
pergh..cntik btul dewan kuliah..

mmng lg ramai la tidur nnti..

Naqeb Sulaiman said...

betul2.. cuma tak boleh baring coz kerusi dah tak memanjang. :)