Saturday, October 4, 2008

Cinta Dua Adam 2

Kau syabab musafir Syam,
Hilangnya kelibatmu dinanti,
Biar rinduku berputik mati,
Mekar cintaku tidak berbelah bagi.

Kau syabab mujahid,
Nafasmu semilir bayu,
Genggamanmu padu,
Hidup jiwamu tegal,
Onak kau rempuh,
Sendi budimu teguh.

Kau syabab cahaya,
Kepulanganmu dinanti,
Moga islah kau bawa,
Sua kita pasti jua,
Andai tidak di sini,
Pasti di sana jua.

Anwar tersenyum sendirian menampakkan lesung pipit di pipi kirinya yang manis usai membaca bait-bait itu. Ibrahim. Sahabatnya yang sudah hampir tiga tahun tidak bersua wajah, namun hati mereka sering bertemu dalam rabitah yang dihubungkan kasih dua saudara kerana Tuhan Yang Maha Pengasih kepada hamba-Nya. Rindu itu datang kembali, mencengkam sanubari.Ah, indahnya rindu kerana Illahi.

Indahnya sebuah persahabatan. Dia yakin janji Tuhan.


*********************
Ya Allah,dahsyat teramat sangat maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang- orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina
Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Begitulah bukti cinta Rasulullah kepada ummat baginda. Jauh mengalahkan simbolik cinta agung Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal yang mendirikan Taj Mahal,apatah lagi cinta Romeo dan Juliet yang hanya sekadar hiasan dunia.

Selawat ke atas junjungan Pesuruh Allah terbit dari bibir mulus Anwar. Dia tidak mahu tergolong dalam kalangan golongan yang bakhil dan rugi.

" Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam perhormatan kepadanya ". al-Ahzab ayat 56.

"Ya Allah, Kau jadikanlah akhlak ku sebagaimana akhlak Rasulullah. Kau kuatkanlah hatiku dan temanku meneruskan perjuangan baginda". titipan doa dari hati kudus seorang perantau di bumi Kinanah.

Gambaran wajah seorang anak muda, berwajah bersih berserta senyuman yang tidak lekang dari bibirnya muncul dari celah pandangannya.

" Anwar, kau jangan lupakan aku bila tiba di sana. Aku sentiasa doakan kau berjaya mengutip segala mutiara yang ada. Kita pasti bersua."

Bip..bip

Anwar tersedar dari tidurnya. Matanya cuba dibuka sedaya upaya. Butiran penghantar sistem pesanan ringkas yang tertera pada layar handphonenya cuba dibaca walau tidak dicapainya kaca mata terlebih dahulu.

Ibrahim



Hatinya berbunga menerima pesanan itu. Namun timbul sedikit ragu memandangkan waktu Malaysia baru mengjangkau jam 3 pagi. Apakah hal yang begitu mustahak sehingga mesej itu bertamu dalam tidurnya.

Ditekannya kekunci lantas diamati baris demi baris yang tertulis rapi.
" Ya Allah! "

5 comments:

Anonymous said...

Salam Tuhan pencipta Mergastua,

ni ezul ok

Indah bicaramu, manis tutur katamu, padu isimu. Sekarang baru kutahu, gerak diam mu berisi. Kata sahabat2 yang lain, kau berubah tidak semacam dulu, moga teru dengan halatujumu. Ok, nice try for your cubaan. cuma ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki. i take this berdasarkan pengetahuan yang ada sedikit sebanyak dari penghayatan novel2 FT, tu je sumber rujukan aku, kalau ada kurang, maaf ku pohon dari Ipoh. Ok, pasal puisimu cantik dan menarik, tapi rangkap terakhir tu ada salah susunan ayata skit, yg "di jua sana" kalau bleh guna sama ada di sana jua atau jua di sana.

Pastukalau yg pasal penceritaan tu, cuba sekali-sekala gunakan bahasa kasual, bahasa org biasa dlm dialog, baru nampak realiti cerita tu. kalau selain dialog sesuai untuk guna bahasa yg tinggi maksudnya. Tu jelah kot minni.

Dah dua org mahasiswa 3 org mahasiswa aktif menulis nih, anta, ammar n marwan, tak lupa raden, aku pun rasa tercabar untuk menulis gak nih.

mgkn antara projek ku terawal, english version of cerpen marwan abdullah, tajuk dia "snow of sorrow". tggu je lah.

ok g dulu,
sampaikan salamku kepada warga daulah al-kahfi yg ken akan diriku.

salam fitri berulam eid.

Naqeb Sulaiman said...

wasalam,

syukran ezul atas komentarmu.
ayat komen pun dah mantap, ku yakin kau mampu menjadi penulis yang bijak mengorak langkah, menyusur medan dakwah yang membawa kepada mahabbah sesama manusia dan Pencipta.

Doaku sntiasa mengirimu, sahabat ku, Ckgu Ezul.

salam aidilfitri. :)

Anonymous said...

salam.

teruskan menulis, moga ada manfaat yang dapat diraih drpd penulisan saudara, insyaAllah.

http://mohaz.blogspot.com/ --> ini blog sahabat saya. [sekadar berkongsi, insyaAllah, moga ada manfaat yang dapat diambil]

wslm.

Naqeb Sulaiman said...

wasalam. InsyaAllah. syukran.

dan said...

masya allah rakan-rakanku...entum punya bakat, keluarkan, kembangkan, jangan hny simpan di peti, apatah lagi di hati..keluarkan, keluarkan!!

isul, naqeb, marwan, moga jadi penulis berjaya nanti. jangan lupa jual buku kat aku dulu. biar aku jadi org first yg beli ok!!

tahniah.

dan, maafkan temanmu.