Monday, December 1, 2008

" Ya, dia cuba! "

Adha baru selesai menulis puisi " Aku Lelah " atas desakan fikiran yang buntu dan tubuh yang lesu. Dua minggu kebelakangan ini hidupnya agak padat dan sendat, dipenuhi dengan turutan jadual peperiksaan yang perlu ditempuhi, berselang-seli dengan tugasan menguruskan program persatuan dan ditambah lagi dengan tujahan kerja yang datang secara berturut dan mengejut.

Adha rasa sukar bernafas dalam kepadatan waktu, menyebabkan dia sering kali berasa tewas dan lemas. Apabila direnung, dia tersedar dari lamunan, dia tidak sesibuk yang disangka. Itu hanya lamunan dan layanan perasaaan yang mendatang. Perasaan yang bisa merosakkan potensi yang ada dalam dirinya.

Adha akur bahawa hidupnya kini penuh dengan nikmat. Dia tidak perlu membanting tulang empat kerat, cukup bulan akaun bank miliknya akan berisi wang biasiswa. Dalam muhasabah diri, dia mengingati pengalaman hidup yang sebaris dua berjalur dalam usia mudanya.

Sementara menunggu Sijil Pelajaran Malaysia, Adha bersama seorang teman sekampung berkerja sambilan untuk merasai dan menjiwai pengalaman bekerja. Sebuah kilang biskut yang terletak lebih kurang sejam perjalanan dari rumahnya membuka ruang dia belajar erti memerah keringat tenaga.

Ketika Sang Suria belum memancarkan cahaya menerangi bumi lagi, Adha sudah bersiap menuju ke destinasinya dan pulang apabila ufuk barat bernyala merah. Kali pertama dia melangkah ke kilang itu, dia disambut oleh seorang mak cik tua, layaknya digelar nenek. Embok gelarannya oleh rakan sekerja.

Embok sudah menjangkau usia tujuh puluhan, badanya sudah bongkok tiga. Adha dan Embok berperanan di tempat pembersihan dulang. Sesudah biskut dibakar dan dibungkus di bahagian khas, dulang itu akan bergerak menuju ke ruangan pembersihan, tempat mereka berdua berkerja.

Genap satu putaran jam dari angka tujuh ke angka tujuh, mereka berdiri sambil membersihkan dulang. Waktu rehat 45 minit dan waktu solat adalah ruang waktu dan kesempatan untuk melegakan kelenguhan kakinya. Adha sering diingatkan untuk bersolat apabila tiba waktunya.

Pendapatan bekerja tidak selumayan mana, sekadar mendapat RM21 sudah
memadai bagi Embok. Apa yang penting, ada rezeki halal bagi keluarganya. Adha kagum dengan kecekalan wanita itu. Dia malu dengan dirinya. Dia yang memiliki tenaga muda sering mengeluh keletihan dan kepenatan.

Satu pagi sedang dia tekun bekerja, ruang itu dimasuki seorang budak belasan tahun ditemani seorang penyelia. Myammar asal negaranya. Usia yang sepatutunya dihabiskan menelaah kitab pelajaran di bangku sekolah, dikorbankan demi berhijrah meneruskan kehidupan. Adha memandang teman barunya dengan pandangan kasih dan simpati seorang abang kepada adik.

" Mengelamun nampak. Kau ni nampak bizi je. Kalau kau nak minta tolong apa-apa, cakap je kat aku. InsyaAllah aku boleh tolong." tawaran Basyar menyentak lamunannya.

" Terima kasih. Bersyukur aku dapat kawan macam kau ni ." Balas Adha dengan senyuman.

Dia menghembuskan nafasnya dan menarik semula dalam-dalam udara yang bersalutkan azam untuk tidak berputus asa. Perjalannya masih jauh meskipun boleh tamat bila-bila masa. Ajal tidak pernah mengenal usia.

Adha kembali menaip skrip teater yang bakal dipentaskan menjelang Aidiladha nanti. Dia cuba menjejak roh pengorbanan dalam setiap tugasannya. Ya, dia cuba.

6 comments:

dan said...

hmm ade sambungan ke ni? aku tau, sambungan dia mesti sebuah skrip pementasan haha

naqeb. slmt idul adha. :)

(tukarla nama blog ko, jadi 'menjejak ruh pengorbanan'..ok tak :) )

Anonymous said...

assalamualaikum wbt..
moga adik terus matang dalam pemikiran seiring dengan pertambahan warna warni pelangi kehidupan..didoakan najah dlm tiap aspek hidup..bukan hanya sekadar diatas kertas,tapi juga dlm kembara ke destinasi akhir adik..
bittaufeq..

Anonymous said...

wasalam, dan. bijak2.. smbungannye memang sebuah pementasan, tak pun berjalur di realiti kehidupan.

Best gak cadangan ko. nanti aku bawa masuk dalam mesyuarat..( ni pun nak kene meeting eh..alahai.. :) )

wasalam,senior.
syukran. moga kita same2 menuju ke destinasi di sana. bittaufiq juga.

Anonymous said...

saya mcm penah dengar crite ni ms zaman skolah dulu..versi kurang skema..dan x silap saya watak utamanya dahulu bernama naqeb..hurm.. suda bertukar versi mungkin..

Naqeb Sulaiman said...

wah..bnyak pelajar tahu tentang sy ye. :)

Anonymous said...

saya juga tahu anda suka mkan jajan.. komen sy, sile kurangkan mkan jajan utk tumbesaran yg baik