Saturday, March 7, 2009

Lagukan Cintamu Ke Angkasa

Hujung minggu yang ada warna warni, setelah hujan yang membasah itu pergi.
Matahari muncul kembali.

Sudah hampir seminggu aku tidak bernafsu untuk menaip di lorong ini.
Manusia adakah memang begitu, bila jatuh perlu mangambil masa untuk bangkit menyambung tingkah.
Memang apa yang dipesan Tuhan itu benar, sederhana itu terbaik buat manusia.

Alhamdulillah.

Nukilan yang lima rangkap ini mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Mengarang Sajak sempena Maulid Ar Rasul 1430H Anjuran PERMAI dengan kerjasama MPKJ, BKPJJ, BKASJ, BKAPJ, MSSJ, PUTRA & KMKJ.

Namun apa yang lebih aku gembiraa, melihat penyertaan yang agak menggalakkan.Aku harap makin ramai yang mencuba, jalan puisi yang ada tikungan tersendiri memang berpotensi
menghidupkan hati-hati yang mati.

Lagukan Cintamu Ke Angkasa


Ku lagukan puisi buatmu,

Masihkah kau lihat dan ingat,

Cahaya lahirnya dari jihat Makkah,

Menerang ,memadam api sembah berkurun lama.

Dalam belitan debu pasir yang tandus,

Bangsa hina itu melonjak mulia,

Bumi yang gersang dihujan rahmah,

Lahirnya dia Al-Amin ummah.


Kau ummat baginda,

Cintamu melangit dunia?

Pernah kau dakap sosok itu?

Lalu bagaimana cinta bertamu,

Rindu mendalam ini menjulang?

Ini kisah cinta nan aneh menitip jiwa,

Dalam kidung yang bergema.

Sepanjang jejak yang berliku,

Tidak terpudar dengan masa dan debu.

Setuju?


Ayuh.

Jika menyusur tikungan langit terbuka,

Anak-anak buih yang terapung berjuta,

Gelodak, gelembung, pecah!

Dek memesong dari sirah.

Penyair sumbang bergigi emas,

bertakhta di hati-hati yang lemas.

Sepanduk dijulang sehari,

Habis keraian lupa pesanan nabi.

Zikir sunnah hilang ke mana,

Lalu bagaimana untuk bergelar ummat mulia.


Masih kau bau segar tanah sejarah itu ?

Bumi lahirnya qudwah memimpin ummah,

Luka darahnya disapu dengan redha,

Maki hina beratus dibalas doa kudus,

Jika benar jatuh cinta akan tampang itu,

Mengapa perlu sengketa di takhta,

Menjarah tampuk kuasa menyulam haloba.

Aslikah tema cinta yang dijaja?


Ah!

Cinta ini ajaib,

Tiada warkah cinta dengan tinta emas,

SMS buta tidak menghias,

Tautan hanya dengan selawat dan doa,

Dibaja warkah hadith berbau syurga,

Kisah cinta yang tak terungkap dengan kalimah,

Bukan cinta jalanan, apatah lagi cinta monyet picisan,

Lagukan cintamu ke angkasa,

Tarikan tubuhmu mengikut sirah.

-mahasiswa pena-

-4 Mac 2009-


Sahabatku yang mendeklamasikan sajak di luar dewan . syukran

Ceramah " Memenatkan "

Semalam juga ada program yang 'memenatkan' bagi aku. Ceramah Maulid Ar Rasul yang disampaikan Ustaz Fakhrurrazi dari Amman yang aku kira berbeza dari ceramah yang lain.

Kalau ceramah biasa, kebanyakannya akan memberi fakta dan sejarah buat renungan. Maka adalah segelintir yang rasakan dirinya sudah kenyang dengan fakta-fakta akan dibuai lena, tunduk akur tanpa membantah.
Angguk-anguk.

Ceramah semalam aku rasakan "penat" tetapi terlalu berharga kerana ia satu perkongsian rasa.
Tubuh dan jiwa yang duduk bersila bukan sekadar menadah telinga, tetapi perlu usaha untuk mendapatkan rasa yang cuba dikongsi dan dikembalikan kepada hati yang begitu memerlukannya.

Memanggil Allah.
Allah siapa?
Allah aku!

Berzikir bukan sahaja di minda, tetapi cuba diturunkan ke hati.
Berberbicara dengan Dia.
Mengumpul dosa lalu memanggil yang Maha Pengampun.

Merindu Rasulullah.
Rasa rindu hingga tidak sabar bertemu.
Selawat buat junjungan kita.

Tahu dimana letak duduk cinta kepada Allah.
Hati yang tiada hadnya.

Moga hati ini terus dibaja.

- Kagum dengan Sasterawan Negara yang berjuang mempertahankan kemandirian bahasa ibunda
- Adakah rakyat tidak boleh bersuara, jangan pula kemudian hari pena dibataskan gerak tarinya

9 comments:

dan said...

amboi siap ada video lagi tu! live from jordan. haha

tahniah, menang. moga2 lepas ni menang la lagi ya. hehe.

*naqeb, boleh tolong tak? kata kat hilal, aku tak boleh nak bukak website baru dia. ini pukul 4 pagi, pun tak dapt2 bukak. kalau dapat pulak, bila nak beralih ke page lain, tak dapat bukak dah...aku nak komen pun susah, even dekat shoutbox dia pun ambil masa load lama. kalau kat cemara, kul 4 pagi ni takyah cakap la laju dia. memang laju...tapi still, takleh bukak.

aku tengah trial exam, dah lepas seminggu, ada seminggu lagi. lepas tu kena gi btn pulak.

*sori la report pasal hilal kat sini. tak tau nak cakap kat siapa. kirim salam kat dia sekali. :)

Anonymous said...

salam adik..
ya..besederhana itu hikmah..
besederhana itu indah..
mabruk utk puisi anda..

Naqeb Sulaiman said...

dan,
syukran.
tak dapat masuk tv, masuk youtube pun okla. ;)
dah dapat msuk tak blog hilal?
bittaufiq. :)

wasalam.
syukran.
sama2 kita sederhana dan istiqamah.

Unknown said...

hmmm, sajak yg last skalik dpt.. naseb sampai.. kalau tak, tak masuk la pertandingan~

Anonymous said...

qeb, ape maksud penyair sumbang bergigi emas?..

Ain Mardhiah said...

salam

Tahniah! Puisi yang baik. Ada sikit-sikit je yang boleh diupgradekan berdasarkan pandangan sifu-sifu kat grup. Nak tau ke? Tapi so far, mabruk! ^_^

Naqeb Sulaiman said...

abg syafiq,
wasalam. ye ke? Alhamdulillah, sempat. ;)

syah,
maksud setiap bait dalam sajak bergantung pada pembaca dan penulis memahami dari sudt mane.
syah rase ape maksudnye ? ( skema pulak ayat ni..haha )
kalau dari kaca mata penulis,
bait tu mewakili industri hiburan yang songsang dan mewah dengan hasil melarutkan manusia dengan hedonisme.


Ainul Arina Madhiah,
wasalam, syukran.
kalau ade komen yang memancung pun, sy nak tau. :)
bolehlah kongsi pandangan ye kalau ade.
puisi ni terlalu jauh dari standard
puisi2 dalam GLKN.

Sarah Mohd Shukor said...

Salam wbt.

Mabruk. Puisi yang sangat baik. Terkesan membaca/mendengarnya. Mungkin yang buat semakin mengancam tu ialah pendeklamasian kamu yang penuh jiwa. Mabruk. Serius akak suka. Cuma mungkin 1 yang tak berapa kena (atau hilang zat puisi ni). Bila wujud perkataan SMS tu. Mungkin ada yang lebih baik untuk gantikan dua baris pertama rangkap tu. Tapi keseluruhan puisi ni sangat baik.

*Dah lama tak dengar deklamasi puisi berjiwa macam ni.

Naqeb Sulaiman said...

wasalam.
syukran atas komentar akak.
memang banyak kelemahan yang perlu dibaiki.
mabruk juga atas puisi akak. :)