Saturday, April 4, 2009

Najib. Oh, Najib


Najib, kanan sekali bersama barisan kabinetnya.


Ini adik saya yang kedua.
Muhammad Najib Fiqri bin Sulaiman.
Emak selalu tertukar nama dengan saya jika memanggilnya.
Saya rindu akan Najib.
Dia baru dapat no.4 dalam kelas dan jadi pengawas di sekolah.
Baru-baru ini terpaksa jadi bidan terjun pertandingan azan peringkat zon gara-gara adiknya Afiq yang dengan muka selamba tarik diri last minute. Saya respect dia sanggup pikul tanggungjawab, dia tidak meminta-minta.
Dapat hadiah saguhati, sampai di rumah Afiq pula menyatakan hadiah itu menjadi haknya.
Kes ni tidak di bawa ke mahkamah tinggi atau ke mana-mana.
Selesai kerana Najib ini abang yang pengalah.
Sabar budaknya.
Saya rindu suaranya bila bertanya " Abang Naqeb sihat kat sana? Dah makan? "
Dia memang adik prihatin. Memang kadang-kadang malas sedikit, kira ok la macam abang dia. :)
Satu perkara ialah dialah adik yang paling saya tunggu kelahirannya dahulu, hampir lima jam say menunggu di luar dewan bersalin untuk menunggu kelahirannya, saya mengharap Najib ini jadi anak yang berjasa. Moga dia tidak jadi Najib bermasalah.

Najib. Oh Najib. Jangan nakal-nakal ya. Nanti dihukum dek rakan sekelas, hilang rakan sepercaya, baru tahu padahnya.
Najib, kamu sekarang bawa nama keluarga.
Sedar diri, ok. Abang sayang kamu, ok!

Eh, Najib adik saya la. Bukan dia...... : P

- esok akan ke Bengkel Teori Pengucapan Awam di Mafraq, sambil jadi fasi. boleh jalan ke sana sekali . target setiap hujung minggu cari damai di luar irbid ;)

3 comments:

dan said...

oh, simboliknye.

so, ada pendapat ttg pm ke-6 dan ex pm ke 5?

naqeb, oh, naqeb. :)

mahasiswa said...

eh..kenapa tanye pasal pm ni? :)
dua-dua sama sahaja, baru2 naik ni terus buat perubahan itu, ini.
tapi setiap pemimpin ade cara tersendiri. so, wait n see.

dan, oh, dan. ;)

cik santun.. said...

ya, kita doakan sahaja semoga yang berlaku semua yang terbaik..