Thursday, April 2, 2009

Saya Malas




Di mana mahu aku mulakannya?

Tangan ini gatal mahu menulis sebarang dua cerpen, agar otak yang tepu dengan selirat urat darah dan denyutan jantung ini bisa berputar ligat kembali.

Tetapi di mana titik mulanya sebuah cerita?
Adakah mulanya dipermulaan senyawa watak utama dalam rahim ibu tercinta.
Atau mulanya dengan bercerita nama,asal dan umur watak utama.

Telah aku nukilkan di profile, aku hanya penulis jalanan.
Lalu apa yang aku kongsi ini hanya sekelumit apa yang aku kutip sebermula pencarian.
Dan apa yang aku tulis ini sebagai refresh kembali agar pena aku laju menari selepas ini.

Mulakan di mana-mana asal tahu tema cerita?

Kau mahu tulis soal persahabatan yang dinoda dalam diam.
Kau ingin bicara soal cinta manusia yang kesepian lantas mencari cinta Tuhan.
Kau mengidam mahu melakar soal politik kotor berkiaskan apa yang tercapai dek akal.

Tema itu ibarat darah beroksigen yang menyalur di segenap salur cerita. Dipam mengikut kadar hingga menyegarkan anggota yang lesu, biar bangkit berlari laju.



Lalu, jika sudah ada darah yang baik, tidak kira O, A,B atau AB yang tidak tercemar dengan virus seperti HIV dan cukup hemoglobinnya, langkah seterusnya sediakan salur darahnya yang berpusat di jantung utama. Salur itu mewali wakilkan jalan cerita.

Lalu jalankan ia dengan sesedap rasa.
Mulanya bagaimana?

Mulakan di mana-mana.

Ayam berkokok di waktu pagi.
Darah mengalir deras di lengan tidak henti-henti.
Suara garau guru kelas " Kenapa awak tak datang semalam " mengegar atma hati.

Lalu nak sambung bagaimana??

Kalau seorang pelajar yang berpenyakit M ponteng ke kelas dan cikgu bertanya apa asbabnya,
aku yakin banyak alasan yang mampu diberikannya.

" Semalam, masa saya sedang sarung stoking sebelah kiri, tiba-tiba sahaja mak saya menjerit minta tolong. Saya terus berlari ke dapur. "

" Saya dalam perjalanan dekat simpang empat, tiba-tiba sahaja saya nampak ada orang terpelanting tepi jalan. Kebetulan, saya seorang yang sedang memandu kereta masa tu, cikgu. Jadi.. "

Atau yang sebenarnya " Saya Malas. "

Satu perkara banyak punca boleh direka. Semudah berbohong, namun logik itu biar kena caranya.

Eh, aku bukan ajak kau berbohong dalam realiti dunia, aku cuma sarankan agak otak ini ligat mereka punca, agar cerita itu tidak klise jalannya.

" Kenapa awak tak datang semalam? "
" Saya tak sihat cikgu. "
" Mana surat cutinya "
" Hilang "

Cikgu pun sudah berbulu mendengar cerita basi sebegitu. :)

Aku rasa cukup sekadar ini aku refresh kembali dalam usaha mencari mood yang semakin sirna.

Ok. Terima kasih sudi membaca, apa kata kau juga mencuba. ;)

2 comments:

muhriz rahmat said...

"Pena keyboardmu semakin laju" itu petanda baik jika sudah menaip lebih dari 100 perkataan. Apa kata mulakan coretan dari perkara yang berada disekililing kamu. Sudah lama saya rindukan cerita dari Jordan setelah menjejakkan kaki di sana pada tahun 2006. Salam Mesir

mahasiswa said...

wasalam.

insyaAllah.
saya rindukan juga mesir meski belum menjejakkan kaki ke sana. :)