Wednesday, April 1, 2009

Senyum

Aku senyum.
Biar pena ku serba patah seminggu dua, aku cantumkan kembali kerana aku tidak mahu apa yang aku impi itu tersungkur mati.

Aku hilang bahasa.
Puisi aku caca merba.
Cerpen mingguan aku hilang ke mana.
Aku kosong.
Bolong.

Lalu, kau sendiri lihat apa yang aku tampal di blog ini.
Gambar-gambar yang berjalur warna-warni dalam diari aku.
Agar bila aku lihat, nafas aku kembali bernyawa.
Moga akal aku kembali berfungsi, melihat itu dan ini,
berfikir begitu dan begini.

SMS dan panggilan terpilih itu?

Aku senyum lagi.

Ada seorang sahabat blogger yang famous di sini pernah meluah rasa, " Kenapa ana tulis pasal peribadi je, ramai yang komen, respons. Kalau post tazkirah, tak pula. "

Aku balas dengan senyuman. Aku serahkan pada kau buat analisis sendiri. Ok.

Kembali kepada soal SMS dan panggilan itu, aku jernihkan kembali.
Maaf atas kontroversi meski tidak sebesar mana.
Setakat comment yang tidak seberapa jumlahnya dan suara-suara kanak-kanak girang di shoutbox sebelah sana.
Ditambah dengan kalian yang senyum manja di dewan kuliah .

Aku mahu ketawa sepuas-puasnya. Hehe.

SMS dan panggilan itu hanya tempias dari soal kakak kepada aku.
Hanya berpengalaman menjadi wakil pihak perempuan sewaktu majlis merisik,aku hanya si penyibuk,yang juga menjadi tempat dirujuk. ( Macam matang sangat. huhu )

Jadinya, tiadalah apa-apa melainkan suara girang kalian semata-mata.
Aku senyum punyai kawan yang mendoakan rakannya.
Doakan aku ya.

Agar pena aku mampu bertari semula.
Moga projek aku tidak tergendala.
Aku mahu mengecap bahagia dan berkongsi bersama.

- aku betul2 perlukan doakan kalian, aku juga doakan kalian
- ada perkara yang kita rasa jauh, perlu didekatkan sebenarnya, biar kita tidak pasti saat tiba

2 comments:

Anonymous said...

jgn salahkan/ketawakan pembaca
apa yg anda coretkan, itulah yg pembaca baca
dan setiap pembaca punya tafsiran, tanggapan masing2
anda sepatutnya menghargainya

kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang..

bergoyang itu salah pokok kah??

mahasiswa said...

saya tak salahkan pokok yang bergoyang,
saya tak ketawakan pokok yang bergoyang,
saya senyumkan ruang yang menari dengan rentak yang sama.
entri ini hanya wakili dari apa yang nyata.

saya suka pokok bergoyang, dari berjalan lenggang.

saya hargai semua. :)