Saturday, April 25, 2009

Warna-warni

24 jam.

Masa yang dirasakan semakin tidak mencukupi. Sebelum melangkah ke alam lena, saya akan mengunci alarm di handphone sambil memerhati tarikh yang baru sahaja bertambah angka di hadapannya. Akan tetap bertambah meski kita tidak membajai jiwa.

25 April telah saya lepasi. Alhamdulillah, peperiksaan CVS sudah saya lalui.
Mulai esok saya akan mendalami satu lagi cabang sistem yang melengkapi tubuh kita, Respiratory System.

Hari ini saya rasakan imuniti badan saya di tahap yang lemah, lutut saya sedikit cedera dek terlalu ghairah merebut bola. Memang diri ini kerdil dan tiada upaya.

SUSU RATU HATIKU



Sekalung tahniah buat Badan-badan Kebajikan yang menganjurkan seminar ini. Banyak yang saya perolehi tentang kepentingan penyusuan ibu. Pengetahuan ini untuk diaplikasi buat bakal ibu dan bapa, doktor dan juga buat si anak untuk mengenang rasa cinta si ibu saat menyusukan kita.

Cumanya, sewaktu panelis membentang topik-topik dengan mengalih bahasa ke dalam bahasa Melayu dan mengalami beberapa kesukaran, terasa sedang belajar perubatan dalam bahasa Melayu. Agak feel :)

KARISMA


Tinggal beberapa hari lagi KARISMA yang akan menemukan wakil-wakil dari setiap mantiqah akan membuka gelanggangnya. Bola sepak Piala Duta, bola tampar, ping pong, badminton, bola jaring bakal menjadi medan merealisasikan tema KARISMA kali ini, " KAMI DATANG KERANA UKHUWAH ".

Saya agak terkilan kerana tidak dapat berukhuwah dalam acara balapan kerana tidak dipertandingkan pada temasya kali ini. Jadi, fokus kali ini untuk membantu team bola Irbid menggenggam Piala Duta buat tahun ini.

Tahun ini KARISMA akan diadakan di Mu'tah. Seingat saya, saya baru sekali menjejak kaki ke sana semasa Minggu Haluan Siswa dua minggu selepas ketibaan di bumi Urdun ini.
Sambil berukhuwah, boleh saya menghirup udara Mu'tah kali ini.

Moga laungan " Kami Datang Bukan Sekadar Tetamu " oleh kontijen Irbid akan memeriahkan temasya kali ini.

Mesej


Ladang Hati Mustika ini saya baca apabila sudah tepu membaca nota CVS. Jalan ceritanya tidak kompleks dan wataknya adalah watak manusia biasa, yang ada jatuh bangunnya dalam menjalani liku-liku tikungan sebagai manusia. Tidak menjadi watak yang terlalu sempurna. ;)

Ada satu mesej yang saya peroleh dari novel ini. Mustika ,graduan Jabatan Media Dakwah akhirnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Fleksibiliti.

Saya ada memikirkan tentang diri saya untuk dua puluh tahun akan datang jika masih bernyawa. Di mana saya.

Namun, semuanya adalah bermula di sini. Pelajar perubatan di Jordan University of Science and Technology, universiti yang dipilih Nik Nur Madihah untuk menyambung pelajarannya.
Famous juga universiti saya. :)

Saya dalam proses mempercepat apa yang perlu disegerakan.
24 jam boleh jadi 48 jam jika diurus dengan baik.
Batu besar, batu kecil, pasir dan air jika diisi secara teratur pasti akan berjaya memenuhi sebuah bekas. Itulah masa kita.

Doakan saya diperkuatkan dengan iman.
Saya doakan kalian.

- tinggal 3 bulan lagi sesi pentadbiran PERMAI 08/09, sedar tak sedar nak dekat setahun
- insyaAllah, blog ini akan "hidup" semula, selaras dengan projek yang akan saya usahakan
- hari ini hari kedua debat piala UIAM, siapakah juara kali ini agaknya. :)

3 comments:

Abdul Munir Sanusi said...
This comment has been removed by the author.
Abdul Munir Sanusi said...

salam naqib
minta maaf lah jika penyampaian kurang jelas
sepatut, slide diubah kepada bhs melayu sepenuhnya
baru smooth penyampaian
tapi xde masa

kena buat kelab baru lagi kat permai ni
kelab dewan bhs n pustaka
pengerusi halim
hir3

Naqeb Sulaiman said...

wasalam.

abg mun,
takde ape yg perlu dimintak maafkan,
anyway program tu memang best coz bukan semua org ade mase nak tau2 benda2 macm ni.
memang kene imarahkan irbid ni dgn program2 sebegini. mabruk.

menarik gak kelab tu. hehe. ;)